Constitution
PENGENALAN
Allah telah menganugerahkan kepada setiap manusia sumber wahyu dan akal
yang mengajar mereka berfikir, mencipta dan menganalisis bagaimana kaedah
terbaik menjalani kehidupan seharian. Akal dan wahyu mampu dipergunakan sepenuhnya
dalam membentuk hubungan sesama makhluk dan menghadapi fenomena alam. Perlembangaan
Itqan Muluk adalah bukti kearifan tempatan manusia Melayu-Islam di Tanah Melayu menjalankan kehidupan
bernegara. Terpenting lagi ia mengandungi cara bagaimana masyarakat Melayu menangani
masalah negara dan berhadapan dengan cabaran penjajahan kuasa asing.
Penjajahan British di Tanah Melayu telah menyebabkan
berlaku proses penaklukan epistemologi yang agak ketara. Bukan setakat mereka menjajah
kawasan geografi dan memerah hasil bumi tanah Melayu, mereka menetapkan
bagaimana pemikiran bagi kehidupan bermasyarakat perlu dijalankan. Konsep ilmu
dalam segenap bidang kononnya hanya boleh dicapai melalui pendekatan atau kerangka
epistemologi barat.[1]Ia menunjukkan seolah-olah otak
Melayu tidak mampu mengusahakan formula kehidupan bermasyarakat. Maknanya, soal
bagaimana menjalankan kehidupan (politik, ekonomi, sosial dan ilmu) hanya perlu
menggunakan sistem epistemologi sekular barat.[2] Berasaskan latar belakang ini,
artikel ini akan cuba menganalisis konsep nasionalisme Melayu-Islam yang
difahami dalam Perlembangaan Itqan Muluk. Ia juga bakal menunjukkan keunggulan
teori, world-view dan pemikiran sarjana Melayu sendiri berbanding dengan
teori nasionalisme barat.
KONSEP
NASIONALISME MELAYU-ISLAM DI ALAM MELAYU
Kita boleh mengemukakan beberapa konsep dan teori yang berkaitan nasionalisme
Melayu-Islam.
SEMANGAT ‘ASABIYYAH SEBAGAI ASAS
SESUATU TAMADUN.
Sifat sayangkan tanah air adalah fitrah mulia yang jadi
pendorong lahirnya kerajaan Islam. Baginda Rasulullah SAW sendiri menggambarkan perasaan ini dengan
sabdanya ketika diusir dari Mekah:
وَاللَّهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ
أَرْضِ اللَّهِ وَأَحَبُّ أَرْضِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ وَلَوْلَا أَنِّي
أُخْرِجْتُ مِنْكِ مَا خَرَجْتُ
“Demi Allah! Sesungguhnya engkau (wahai mekah) adalah
sebaik-baik bumi Allah, juga negeri Allah yang paling dicintaiNya. Kalaulah
bukan kerana aku diusir keluar darinya (oleh penduduk Mekah) aku tidak akan
sama sekali meninggalkanmu”
(Sunan al-Tirmidhi (3860),
Sunan Ibn Majah (3099), Musnad Ahmad (17966).
Demi memujuk baginda agar tabah menghadapi dugaan
berpisah dari tanah air, Allah menjamin kejayaan perjuangan baginda dengan
FirmanNya:
“Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu
(beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan
menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.”
(al-Qasas 28:85)
Maksud perkataan “apa yang engkau ingini dan cintai” dalam ayat
ini ditafsirkan sebagai kejayaan Baginda SAW menakluki kembali dan membuka
kota Mekah pada tahun ke lapan Hijrah (Sahih al-Bukhari [4400]).
Kerajaan Islam ini diperlukan bagi melaksanakan
pelaksanaan syariah dan memungkinkan syiar Islam berkembang pesat di samping
mewujudkan perpaduan ummah Islam. Atas dasar ini Ibn Khaldun menegaskan bahawa
fitrah dan sifat sayangkan bangsa sendiri adalah anugerah Allah pada setiap
manusia. Ia umpama alat kelamin yang disediakan Allah untuk semua manusia.
Andainya alat kelamin ini digunakan untuk tujuan yang haram ia menjadi salah dan
andainya digunakan untuk tujuan yang betul ia dapat menjadi asas kekuatan diri.
Begitu juga seandainya manusia dilahirkan tanpa mempunyai alat kelamin ia akan
dianggap sebagai tidak sempurna. Secara rasionalnya kita mengakui bahawa
andainya manusia dilahirkan tanpa alat kelamin ia akan dianggap sebagai tidak lengkap.
Ini kerana dengan bantuan alat kelamin ini banyak manfaat yang bakal terhasil
untuk kepentingan manusia. Jadi, secara logiknya alat kelamin ini, ada ataupun
tiada bukan menjadi masalah besar tetapi mesti tertakluk kepada ketaatan kepada
hukum Allah.[3]
Bagi Dr. Burhanuddin Helmi, memang semangat sayangkan
tanah air ini mempunyai hubungan simbiotik (saling berkait) dengan Islam. Terdapat
empat elemen yang berkaitan dengan semangat sayangkan bangsa ini iaitu iman, diri,
bangsa dan watan. Iman berdiri di atas diri. Diri berdiri di atas bangsa dan bangsa
mesti berdiri di atas watan. Seperti mana manusia perlukan kebebasan dan
kemerdekaan untuk hidup dan melayakkannya dikenakan taklif syarak, maka
kemerdekaan bangsa dan watan sangat diperlukan untuk memastikan agama dapat
ditegakkan di atas bumi.[4]
SEMANGAT ‘ASABIYYAH DALAM SEJARAH
ALAM MELAYU
Dalam sejarah Alam Melayu, solidariti dan perpaduan di atas nama bangsa
Melayu memang bertepatan dengan kehendak Islam. Hal ini boleh dilihat daripada
beberapa fakta utama;
Pertama; masyarakat Melayu memaklumi bahawa sifat
sayangkan tanah air, masyarakat dan bangsa sendiri memang merupakan fitrah yang
diberikan Allah kepada semua manusia. Ianya bukan perkara yang salah bahkan
dituntut demi mewujudkan perpaduan untuk kelompok tertentu. Namun begitu, mereka
juga memaklumi bahawa perpaduan berasaskan kelompok sendiri tidak boleh
mengatasi ketetapan agama yang lebih tinggi. Ada masanya apabila berhadapan
dengan kepentingan agama yang lebih tinggi, kesetiaan pada bangsa sendiri perlu
dileburkan. Contohnya, walaupun seseorang Melayu itu boleh berbangga dengan
bangsa sendiri tetapi tidak boleh menyokong bangsanya yang menzalimi bangsa
lain. Semangat asabiyyah ini berjalan
seiring dengan menganggap bangsa lain yang beragama Islam sebagai saudara
sendiri. Ia dijelaskan oleh firman
Allah pada ayat 10 dan 13 surah al-Hujurat.
Kedua; masyarakat Melayu secara terbuka menerima
bangsa yang bukan daripada ras (race) Melayu sebagai anggota masyarakat
Melayu apabila ianya didasarkan kepada kepentingan Islam. Lebih unik lagi, Islam telah menjadi asas
untuk jati diri kemelayuan (Malayness) dan sifat kemelayuan yang begitu sebati dengan
Islam ini telah mengakibatkan sebarang serangan yang dibuat terhadap Islam akan
dianggap seperti serangan yang dibuat terhadap asas kebudayaan Melayu. Selain itu, sarjana Islam bukan Melayu yang mengamalkan gaya hidup
Melayu-Islam serta menghasilkan sebarang sumbangan ilmiah yang berguna kepada
orang Melayu turut diiktiraf sebagai sarjana Melayu Islam. Kenyataan ini dapat
dilihat pada tokoh tafsir tempatan seperti Syeikh Abdullah Basmeih yang terkenal
dengan karya tafsir unggulnya Tafsir
Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Walaupun berbangsa Arab dan
berasal dari Hadramawt Yaman, beliau disenaraikan sebagai sarjana Melayu Islam
kerana karya tafsirnya yang berbahasa Melayu serta menjadi rujukan utama orang
Melayu Islam menyebabkan beliau turut di bariskan sebagai sarjana Melayu Islam.
Ketiga; semangat perpaduan ummah Islam yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu mengatasi semangat asabiyyah sempit seperti mana difahami dalam world-view barat. Proses ini
antara lainnya telah menimbulkan semangat perpaduan di kalangan umat Melayu
bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka tauhid, ummah dan ukhuwah bukan
terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu semata-mata bahkan
turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan
warisan tamadun yang tinggi.[8] Umat Melayu berasa berbangga menganut Islam yang menjadikan mereka
sebahagian daripada serangkaian ummah Islam, seperti mana halnya golongan Arab
yang dipandang mulia oleh masyarakat Melayu. Faktor inilah juga yang menyebabkan di dalam
sejarah alam Melayu kerap berlaku penentangan umat Melayu terhadap kuasa
penjajah barat yang dianggap sebagai kuasa kafir dan hal ini telah diakui sendiri oleh mubaligh
Kristian yang mengatakan bahawa orang Melayu sebagai golongan yang kuat
berpegang kepada agama Islam.
Keempat; semangat asabiyyah Melayu-Islam dan jalinan Ummah Islam ini telah berjaya menghasilkan
beberapa elemen positif. Dalam soal ini, kita boleh melihat tiga bentuk
jalinan yang berlaku;
i.
Hubungan
intelektual berasaskan pemupukan budaya ilmu.
Hubungan ini mengatasi sempadan bangsa dan etnik yang berbeza. Ia bersangkutan
dengan keperluan kepada tenaga-tenaga ulama untuk menyuburkan Islam di alam
Melayu. Hal ini terbukti apabila setiap kawasan di alam Melayu mengamalkan
sikap terbuka yang menerima kehadiran seseorang ulama luar (bukan Melayu) dan
kerap dilantik sebagai pakar rujuk untuk sesuatu institusi Islam.
Begitu juga setiap kawasan saling bergantungan antara satu sama lain di dalam
menentukan sesuatu pegangan keagamaan Islam. Sebagai contohnya, walaupun Sheikh
Nuruddin al-Raniri berasal dari India, tetapi ia telah dilantik sebagai pakar
rujuk utama untuk kerajaan Acheh.
Begitu juga banyak persoalan agama yang rumit yang berlaku dalam kerajaan
Melaka telah dirujuk secara rasmi kepada jemaah ulama di Aceh
ii.
Hubungan politik
dan diplomatik Islam antara kerajaan alam Melayu dengan kerajaan Islam dunia.
Hubungan politik ini telah mampu memperkukuhkan keadaan politik dalaman
sesebuah kerajaan Melayu Islam.
Mana-mana musuh asing yang beragama selain Islam seperti Kristian dan Buddha yang bertindak menceroboh
sesebuah wilayah umat Islam akan dianggap sebagai musuh dan kerap kali bantuan
ketenteraan telah turut diberikan oleh kerajaan Islam alam Melayu yang lain.
iii.
Kuasa politik
kesultanan Islam di alam Melayu telah menjemput ulama Islam asing selaku
penasihat untuk usaha pemerintahan negara,yang
sekali gus turut menjalin hubungan erat dengan pemerintah kota Mekah. Hubungan
ini telah mendedahkan alam Melayu kepada masyarakat Islam di Timur Tengah yang
kemudiannya secara langsung telah memesatkan lagi jalinan intelektual antara
kedua kawasan ini.Oleh
kerana itu para pengkaji yang membuat kajian tentang sarjana Islam di Mekah
mendapati ramai sarjana Melayu berpangkalan di Mekah seperti pengarang kitab
Tafsir Murah Labid iaitu Muhammad Nawawi al-Jawi. Kitabnya ini terdiri daripada
dua jilid yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Arab.
PENCETUS DAN PENJAGAAN NASIONALISME
MELAYU-ISLAM DI TANAH MELAYU.
Kesedaran nasionalisme Melayu di Tanah Melayu timbul hasil kesedaran
daripada perjuangan ulama bangsa Melayu dan bukannya secara mutlak hasil
kesungguhan penjajah British yang memperkenalkan kesedaran pemodenan-
nasionalisme di Tanah Melayu.[22] Apabila British datang menjajah
Tanah Melayu dengan matlamat kononnya ingin membawa kemajuan dan mentamadunkan
Tanah Melayu, bibit-bibit nasionalisme barat telah diperkenalkan. British telah
memperkenalkan dasar pecah dan perintah di setiap negeri Melayu sehingga menyebabkan
hilangnya perpaduan ummah Melayu. Taktik jahat ini yang dibuat secara diplomasi
halus dan kotor sedikit sebanyak telah melahirkan asabiyyah sempit di kalangan ummah Melayu.[23] Ia bersesuaian dengan world-view
nasionalisme barat yang berasaskan kawasan (nation state) dan bangsa tertentu
tanpa bergantung kepada lunas-lunas syariah agama. Untuk tujuan itu, pihak
British telah mendidik beberapa kerat anak bangsawan peribumi Melayu dengan
falsafah sekularisme. Mereka ini memang terpengaruh dengan world-view
nasionalisme barat yang sempit bagi memperjuangkan nasionalisme Melayu. Apa
yang berlaku adalah memang wujud elit tajaan British yang menjadi pemimpin yang
meneruskan world-view British dalam pemerintahan negara.
Di zaman pasca merdeka, telah timbul kesedaran di kalangan
masyarakat Melayu bahawa nasionalisme tanah air Melayu-Islam perlu kepada penjagaan
beberapa elemen; agama, tanah, kebudayaan, bahasa dan raja. Jika dilakukan analisis induktif terhadap sejarah
kebudayaan Melayu di alam Melayu, kita akan bersetuju bahawa survival
masyarakat Melayu bergantung sepenuhnya kepada empat asas yang utama;
1. Ajaran Islam - yang menjadi asas jati diri dan kebanggaan manusia
Melayu.
2. Tanah – Kawasan geografi khusus yang menempatkan masyarakat Melayu.
Identiti, jati diri dan rasa kebanggaan sesuatu manusia itu bergantung
sepenuhnya kepada nisbah negara yang dimilikinya. Manusia sebagai makhluk sosial
sentiasa mahu dikaitkan dengan sesuatu komuniti ataupun negara yang bakal
menjadi kebanggaannya apabila berinteraksi dengan bangsa lain. Sesuatu negara
itu hanya boleh wujud seandainya memiliki daerah geografi yang tertentu, rakyat
dan sistem pemerintahan yang stabil. Pemeliharaan ketiga-tiga elemen ini perlu
dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan ianya musnah, seperti mana yang
dialami oleh penduduk Yahudi, Palestin dan Aghanistan pada masa sekarang.
Setiap bangsa yang terpaksa merempat di negeri orang tanpa tanah air sendiri
akan merasakan identiti dan jati diri mereka terhina.
3. Kekuasaan politik – kuasa kerajaan yang bakal menjalankan dasar jangka
pendek dan panjang (seumpama DEB) demi kepentingan bangsa dan kebudayaan Melayu.
4. Institusi beraja Melayu – sebagai penaung kepada kedaulatan dan ketuanan
masyarakat Melayu.
Tanpa keempat-empat asas ini, masyarakat dan kebudayaan Melayu akan
menjadi lemah dan bakal menerima nasib yang buruk seperti mana dialami oleh
masyarakat Islam Palestin, Kurdis dan masyarakat minoriti Islam di negara
barat.
Bersama dengan kesedaran ini, telah timbul beberapa
perkembangan baru yang menyentuh isu nasionalisme moden.
1.
Munculnya
kesedaran tentang konsep ketuanan Melayu. Demi untuk mengekalkan survival
politik Melayu, berhadapan dengan tekanan politik daripada pihak bukan Melayu,
pihak pemerintah Melayu dalam kebanyakan pembentukan dasar negara tetap
berusaha mengekalkan prinsip ketuanan Melayu. Mengikut Wan Mohd Nor Wan Daud,
prinsip ketuanan Melayu ini berpunca dari tiga sebab yang utama; pertamanya, sifat awal dan ketinggian tamadun Tanah
Melayu yang telah dibina oleh manusia Melayu, keduanya, nisbah pengorbanan dan darah manusia Melayu yang telah
banyak dicurahkan untuk mempertahankan Tanah Melayu menghadapi penjajahan kuasa
luar dan akhirnya ketiga, sifat toleransi
dan kesudian manusia Melayu menerima bersama golongan bukan Melayu untuk
tinggal menetap di Tanah Melayu. Maksudnya, walaupun pihak berkuasa politik
Melayu cuba menerapkan prinsip politik ala pluralism demi untuk memastikan
perpaduan semua kaum di Malaysia, tetapi asas jati diri dan ketuanan Melayu
yang berteraskan Islam masih tetap secara teguh dipertahankan.
2. Timbulnya kesedaran bahawa rakyat perlu mengekalkan
nisbah kemerdekaan yang dimiliki oleh negaranya dan melanjutkan kepada generasi
yang akan datang. Proses pengekalan dan pengisian kemerdekaan ini perlu diisi
bukan setakat dengan mewujudkan pembangunan untuk semua rakyat, termasuk juga
dengan usaha dan tanggungjawab menghapuskan kemungkaran dan kezaliman yang
berlaku di dalam masyarakat.
3. Timbulnya kesedaran bahawa rakyat perlu memiliki
semangat patriotisme yang tinggi, merujuk kepada;
a. Rasa sayang dan cinta kepada tanah airnya sendiri.
b. Rasa bangga dengan tanah airnya.
c. Kesediaan untuk mempertahankan tanah airnya daripada
ancaman dan serangan musuh samada musuh dalam ataupun luar.
d. Kesediaan untuk membela kepentingan negara apabila
dicemuh dan dihina.
ANALISA
KONSEP NASIONALISME MELAYU-ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN ITQAN MULUK
PERLEMBAGAAN ITQAN MULUK (PIM) SEBAGAI CERMINAN ZAMAN SILAM.
PIM boleh digunakan sebagai bahan untuk mengetahui perkembangan sejarah Tanah
Melayu dan Terengganu. Ia mengandungi rakaman sejarah apa yang berlaku di
Terengganu – seperti bagaimana sistem pemerintahan Terengganu begitu dinamik membawa
semangat Melayu-Islam, ancaman campur tangan British dan perjanjian Bangkok. Semua
manuskrip Melayu yang didapati di alam Melayu, termasuklah PIM memang boleh
dikategorikan sebagai sumber kearifan Melayu yang cukup berharga. Pihak British
walaupun menghina kerangka pemikiran Melayu, secara jelasnya mereka juga
tertarik dengan keunggulan formula Melayu. Atas dasar ini British memang mengumpul
manuskrip Melayu dalam pelbagai bidang untuk mengetahui bagaimana otak Melayu
berfikir. Bahan-bahan ini yang diambil secara haram dan disimpan dalam pelbagai
perpustakaan di barat yang kemudian dianggap sebagai sumber Historiografi yang mewakili pemikiran
masyarakat Melayu.[29] Di zaman selepas merdeka mana-mana
penyelidik daripada negara tanah jajahan British atau Belanda yang ingin
mengetahui realiti pemikiran milik masyarakat mereka sendiri perlu berkunjung ke
negara barat untuk merujuk kepada sumber historiografi ini.[30]
Atas dasar ini usaha pihak muzium di Malaysia seperti muzium Terengganu
yang mengumpul, menjaga dan menyelenggara seminar serta penyelidikan yang
berkaitan dengan warisan keilmuan Melayu-Islam perlu disokong kuat oleh semua
pihak, terpenting lagi para sarjana di Malaysia. Ia bakal melahirkan pelbagai
ilmu, tafsiran dan pendekatan baru dalam bidang keilmuan watan amnya dan Islam
khususnya. Terpenting lagi, ia bakal melahirkan horizon ilmu watan yang lebih
segar untuk kepentingan masyarakat Islam. Pendekatan yang diusahakan oleh
muzium Terengganu ini yang bukan menumpukan kepada upacara rasmi semata-mata
tetapi lebih menjurus kepada program pengembangan ilmu memang bertepatan dengan
konsep budaya ilmu yang bakal menjana percambahan ilmu yang lebih baik lagi. Contohnya
hasil wacana ilmu anjuran muzium ini yang berasaskan karya tempatan Melayu
tradisi bakal mendorong pengkaji mengkaji sesuatu konsep itu secara mendalam lagi
di peringkat ijazah pasca siswazah.
Secara
lebih terperinci lagi, budaya ilmu ini yang perlu diberikan penekanan di dalam
kehidupan serta dapat diperincikan melalui beberapa elemen yang utama;
1. Tindakan menjadikan pencarian
ilmu itu sebagai matlamat utama kehidupan melebihi semua matlamat lain seperti
matlamat mencari harta benda dan pengaruh.
2. Tindakan yang menghargai
semua bentuk ilmu pengetahuan samada ianya tergolong dalam ilmu fardu Ain
ataupun fardu Kifayah.
3. Tindakan yang menghargai
semua bentuk sumber ilmu merangkumi sumber wahyu, alam semesta, diri manusia
sendiri dan juga akal yang waras serta
terpimpin.
4. Terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan.
5. Bertindak mengikut perkiraan
ilmu yang benar dan bukannya mengikut dorongan ilmu yang salah serta hawa
nafsu.
6.
Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak
yang mulia. Tidak ada gunanya, seseorang itu memperoleh pencapaian akademik
yang tinggi seandainya tidak mempunyai akhlak yang mulia.
7. Bersikap hormat-kritis
terhadap pandangan sarjana silam dengan perkiraan dan neraca kebenaran yang
berteraskan sumber wahyu.
8. Bersikap selektif terhadap
semua bentuk ilmu pengetahuan menggunakan pendekatan tauhid.
9. Bertindak mengamalkan semua
ilmu yang dimiliki secara bersepadu.
10. Budaya ilmu mendapat dukungan
penuh pihak kerajaan di dalam setiap dasar negara.
Melihat kepada semua ciri-ciri ini, memang usaha
muzium Terengganu ini boleh dikatakan sebagai penjana budaya ilmu yang cukup progresif.
Peranan institusi muzium tidak patut dihadkan kepada mengumpul dan mempamerkan
hasil tinggalan sejarah silam semata-mata. Ia sepatutnya harus berperanan sebagai
pusat pengembangan ilmu. Ia harus mampu memberi makna ilmu sebenar daripada
setiap artifak yang dikumpulkan. Sebarang usaha yang tidak dikaitkan dengan
ilmu tidak akan dapat bertahan lama dan gagal memberi maklumat ilmu yang dapat
mendidik masyarakat.
Peranan
muzium yang menjadi arkib sejarah sesebuah tamadun perlu diperluaskan dalam
skop yang lebih ilmiah kerana al-Quran sendiri dalam banyak ayatnya menekankan
kepentingan meneliti sejarah umat lampau agar kesilapan mereka tidak diulangi
oleh generasi akan datang. Lihat sahaja firman Allah pada ayat berikut (Ali
‘Imran [3:137], al-An’am [6:11], al-Nahl[16:36], al-Naml[27:69],
al-‘Ankabut[29:20], al-Rum[30:42], Saba’[34:15-19]). Arahan penelitian oleh
al-Quran tidak hanya menyentuh kepada aspek penyimpanan rekod silam tetapi
perlu diperkukuhkan kepada usaha analisis dan penghasilan pedoman baru bagi
membimbing umat Islam meneruskan kehidupan pada masa hadapan. Oleh itu, pihak
muzium juga perlu disokong dengan lebih agresif oleh pihak kerajaan dengan
peruntukan dana yang lebih besar bagi menyuburkan kajian ilmiah terhadap karya
sejarah sarjana Melayu-Islam silam dan moden.
PIM SEBAGAI BUKTI KEUNGGULAN FORMULA BERNEGARA DAN NASIONALISME
ISLAM DI TANAH MELAYU.
PIM dapat dijadikan bukti memang wujud bahan literature tentang
konsep nasionalisme Islam mengikut acuan tempatan di Malaysia sebelum kedatangan
British. Walaupun sarjana British selalu menganggap formula Melayu sebagai
tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk konsep ilmu sebenar yang penuh dengan
elemen feudalism-mitos,[32] sejarah membuktikan ianya berjaya
dilaksanakan dalam kehidupan bernegara, sehingga melahirkan pelbagai tamadun
material dan intelektual yang tinggi.[33] Ia menjadi bukti keunggulan
pemikiran sarjana Melayu silam. Selain daripada PIM ini negeri-negeri Melayu di
Tanah Melayu memang mempunyai legal digestnya yang pelbagai. Tinggal lagi,
terserah kepada sarjana di Malaysia mengkajinya untuk kepentingan negara. Ia
bakal dijadikan bahan utama untuk mengkaji trend pemikiran Melayu oleh pengkaji
akan datang. Sebagai contohnya terdapat beberapa faedah yang bakal diperoleh apabila
kajian dibuat terhadap legal digest
ini.
1) berbanding dengan legal digest
lain seperti Hukum Kanun Melaka yang begitu ketara elemen feudalism
Melayu,[34] ternyata PIM agak berkurangan
unsur feudalism ini, tetapi lebih dicirikan dengan semangat dan prinsip Islam
sejati. Lebih tepat lagi memang telah berlaku penambahbaikan unsur-unsur Islam
dalam legal digest ini kerana faktor pendidikan Islam yang berterusan
berkembang dalam masyarakat Islam Terengganu.[35]
2) Apabila Prof. Ahmad Ibrahim memperjuangkan
agar Malaysia menolak penggunaan English
Common Law, beliau telah meminta beberapa orang sarjana Malaysia
mengemukakan realiti wujudnya Common Law Melayu-Islam
di Malaysia yang berasaskan kepada pelbagai legal
digest silam ini. Maknanya jauh sebelum kedatangan kuasa British masyarakat
Melayu telah pun mengamalkan sistem perundangan yang tersendiri berteraskan
ajaran Islam sejati. Sebahagian besar daripada sistem perundangan Islam ini
telah menjadi uruf Melayu yang kekal sehingga sekarang.
3) Gesaan untuk melaksanakan
perundangan Islam di Malaysia semasa memang ada asasnya yang boleh dirujuk kepada
PIM ini. PIM secara terang-terangan menetapkan bahawa syariah Islam perlu
dilaksanakan di negeri Melayu Islam Terengganu. Sebagai contohnya Mohd Nazri
Chik menegaskan bahawa cita-cita pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia
bukanlah perkara baru kerana semangatnya memang telah pun ada dan pernah
dilaksanakan dalam masyarakat Melayu Terengganu dahulu.
PIM DAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
Mustahil PIM ini lahir daripada ruang yang hampa dan mesti ada sebab
yang mendorong ianya ditulis. Ini membuktikan bahawa sistem pengajian Islam
memang berkembang pesat di zaman ini sehingga mampu menghasilkan Perlembangaan
Itqan Muluk ini.
Sejarah pendidikan Islam di alam Melayu ternyata telah
mampu melahirkan modal insan yang kompeten, termasuklah ilmuwan Islam yang
bertindak sebagai penasihat kepada pemerintah. IPT Islam ini bukan setakat
membekalkan modal insan biasa, bahkan mengajar mereka sebagai pemikir
masyarakat. Memang ada sukatan pelajaran (usul fiqh) yang mengajarkan pelajar kepentingan
mengambil kira realiti tempatan Tanah Melayu dalam bertindak.[38] Ulama ini tidak seperti dikatakan
oleh sarjana barat yang hanya bertindak menterjemahkan karya timur tengah semata-mata.
Bahkan mereka mampu mengadun ilmu Islam agar sesuai dengan kehendak Tanah
Melayu. Maknanya teori ilmu politik Islam ini berjaya dijelmakan dalam bentuk
pelan bertindak untuk diamalkan dalam masyarakat.
Ia mengabung prinsip politik Islam dengan ciri-ciri tempatan
Terengganu pada masa itu. Mustahil hal ini timbul tanpa wacana ini dijana dan
disentuh dalam perbincangan ilmu pada masa itu. Ia juga membuktikan memang
wujud interaksi antara negeri Terengganu dengan Timur Tengah[39] yang membekalkan maklumat tentang
konsep-konsep Islam kepada pemerintah Islam di Terengganu dalam bentuk PIM.
Apa yang menarik lagi, penerimaan konsep-konsep
politik Islam ini dibuat secara selektif dan sintesis yang disesuaikan dengan
realiti Tanah Melayu. Tidak hairan apabila banyak daripada formula Islam daripada
alam Melayu ini telah tersebar kepada masyarakat Timur Tengah. Hal ini
kemudiannya dapat memperkayakan lagi bahan keilmuan Islam. Contoh yang lain boleh
dilihat dengan formula Harta Sepencarian yang
diperkenal oleh Syeikh Daud Patani di peringkat dunia dan kemudiannya formula
ini telah diterima pakai sebagai kaedah yang baku untuk menyelesaikan masalah
pembahagian harta selepas berlakunya penceraian. Fenomena ini jelas menunjukkan sarjana
Melayu-Islam klasik memang memahami Islam dalam konteks yang progresif serta
mempamerkan kemampuan mereka berijtihad dalam konteks realiti alam Melayu.
Suatu hal yang agak menarik untuk
dikaji adalah wujudnya gabungan antara ulama dan umara (pemerintah) yang cukup
kuat dalam pentadbiran negeri Terengganu. Ini terbukti apabila ulama memainkan peranan aktif
dalam pentadbiran negeri sehingga sekarang. Di zaman Terengganu silam ini,
peranan ulama bukan setakat mengasaskan, tetapi terlibat secara maksimum dalam
pentadbiran negara. Kita dapat mengetahui bagaimana ulama Terengganu terlibat
sebagai penasihat dan meletakkan batu asas kepada perlembagaan negeri. Ianya
juga menjadi bukti bagaimana ulama Terengganu bertindak di luar sistem
pemerintahan negeri sebagai agen yang menjana dan mencetuskan semangat
nasionalisme awal. Hal ini boleh dirujuk kepada kes penentangan Haji Abdul
Rahman Limbung.[41]
PIM DAN BUTIRAN NASIONALISME SEJATI.
Secara langsung kita dapat mengesan beberapa inti pati nasionalisme
Melayu-Islam yang terkandung di dalam PIM. Ianya terdiri daripada;
1. Semangat sayangkan tanah air
sangat diperlukan kerana tanah air merupakan tapak utama untuk dilaksanakan
pengabdian kepada perintah Allah. Hal ini jelas boleh difahami dengan pengisytiharan
Terengganu sebagai negeri bangsa Melayu yang berpegang pada prinsip Islam.
Dalam soal ini ketinggian syiar dan syariah Islam menjadi prioriti utama
kerajaan Islam di Terengganu.
2. Berusaha memastikan tanah air
diperintah dengan peraturan yang betul. Ianya juga berusaha memastikan agar
penyelewengan pemerintah dan kezaliman tidak berlaku dalam pemerintahan negeri.
3. Berusaha menjaga kebajikan
kerabat diraja Terengganu kerana mereka ahli kepada pemerintah Terengganu.
4. Sifat sayangkan tanah air
bukannya bersifat eksklusif untuk bangsa Melayu Terengganu semata-mata tetapi
terbuka sama kepada bangsa Islam yang lain buktinya bangsa bukan Melayu yang memeluk
Islam akan dianggap sebagai saudara sendiri oleh orang Melayu. Ia bertepatan dengan semangat universality Islam yang disebut oleh
surah al-Hujurat [49: 10 dan 13].
5. Kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu
wajib dikekalkan daripada dijajah oleh kuasa asing.
Kesemua inti pati ini menjadi bukti bagaimana PIM
bukan setakat cuba mengekalkan survival Melayu, bahkan turut mengandungi
elemen nasionalisme yang tidak bertentangan dengan nilai Islam. Terpenting lagi,
dalam PIM ini dimaktubkan bahawa “negeri Terengganu
sebagai negeri Islam Melayuwiyyah” secara jelas menerangkan nisbah
nasionalisme Melayu-Islam. Ianya merupakan gabungan ulama dan umara’ dalam
mewujudkan kesedaran kebangsaan di Terengganu. Ia sebagai respons kepada
ancaman campur tangan penjajah British di Terengganu. Mereka bertindak sebagai
intelektual yang memerhati permasalahan zamannya dan berusaha mengemukakan jalan
penyelesaian masalah. Mereka cuba menghalang kemungkinan berlakunya campur
tangan British di Terengganu.[42]
Sarjana Melayu yang terlibat dalam menyusun PIM secara
langsung bertindak di atas kesedaran nasionalisme Melayu. Mereka mengamalkan
kaedah pemikiran saintifik yang aktif
dan proaktif serta strategik dalam menghadapi masalah di zamannya. Pemikiran
sebegini selayaknya menggambarkan penggubal PIM sebenarnya mujtahid zaman
mereka. Mereka bukan sahaja mengamalkan pendekatan
pemikiran reaktif, tetapi telah dapat meramalkan apa yang bakal terjadi (pihak
sultan akan akur untuk tunduk dan bernaung di bawah naungan British) dan
menyediakan pelan untuk mengatasi hal ini berlaku. Contohnya perkara dalam PIM
yang menetapkan Bahawa Terengganu Ini
Negeri Melayuwiyyah - hal ini terbukti apabila wakil British sendiri mengakui
bahawa kerana perkara ini yang menyebabkan British berhadapan dengan masalah mendapatkan
persetujuan raja Terengganu untuk bernaung di bawah gagasan Malayan Union.
Secara kronologi sejarahnya, PIM merupakan kesinambungan
zaman keagungan Islam sebelumnya di Terengganu iaitu daripada era batu bersurat
lagi. Memang telah wujud kerajaan Islam yang berdaulat sejak zaman batu
bersurat lagi di Terengganu. Tradisi budaya ilmu dan pendekatan yang
mengutamakan pemerintahan Islam yang diamalkan di Terengganu di zaman selepas
era BBT (batu bersurat Terengganu) telah menjadi living tradition yang berpanjangan di Terengganu yang kemudiannya
mencetuskan kelahiran PIM.[43]
KESEDARAN KEBURUKAN DASAR PENJAJAHAN KUASA LUAR KE
ATAS MASYARAKAT MALAYSIA
Di zaman terkemudian, keburukan penjajahan
kuasa British yang telah dimaklumi oleh penggubal PIM, telah mula disedari oleh
masyarakat Malaysia. Bersesuaian dengan falsafah yang menyatakan bahawa “ mereka yang tidak dapat mengingat kembali
sejarah masa silamnya ditakdirkan untuk mengulanginya”, maka telah timbul
kesedaran tentang keburukan penjajahan negara yang perlu sentiasa untuk
dipelajari oleh masyarakat Malaysia. Ianya perlu dipelajari bukan secara kosong
semata-mata, tetapi perlu memetik pengajaran terbaik bagi memastikan agar
takdir sejarah hitam ini tidak berulang lagi di Malaysia. Kita dapat mengesan
beberapa perkara yang menjurus kepada kesedaran tentang buruknya penjajahan
kuasa barat ke atas masyarakat Melayu.
MERUBAH DEMOGRAFI
MASYARAKAT TANAH MELAYU.
Sebelum kedatangan kuasa penjajah barat,
masyarakat alam Melayu telah pun mempunyai pengalaman berinteraksi dengan
pelbagai bentuk masyarakat majmuk (India, China, Jawa, Parsi dan Arab) tanpa
mengalami apa-apa masalah sehingga kesemuanya dapat hidup secara harmonis dan bertoleransi.Keadaan ini mula berubah dengan kedatangan kuasa ras Caucasian Eropah,
pada mulanya sebagai pedagang biasa yang menawarkan barangan berbahaya seperti
senjata api canggih dan candu. Kemudiannya, status ini mula berubah apabila
pedagang Eropah ini bergabung sesama mereka membentuk kelompok Syarikat besar
(seperti East Indian Company) yang bertindak melanggar amalan hubungan
harmonis masyarakat alam Melayu dengan memperkenalkan pendekatan kapitalisme
dan monopoli mutlak tanpa mempedulikan kebajikan puak yang lain. Dalam banyak
hal, ras pedagang Eropah ini telah menjalankan urus niaga secara tipu helah,
putar belit, penindasan dan penjajahan ke atas ras kaum lain. Apa yang cukup
memalukan adalah penindasan ini telah dijustifikasikan dengan nama agama
(tujuan penyebaran agama Kristian) dan tugas mentamadunkan ras bangsa bukan
Caucasian yang kononnya perlu ditamadunkan melalui kaedah penjajahan.
Pihak British sebenarnya
hanya mementingkan keuntungan material semata-mata dengan mengaut sebanyak
mungkin hasil bumi Tanah Melayu untuk dibawa balik ke Britain. Hal ini
terserlah dengan pengenalan sistem ekonomi kapitalisme kolonial, yang
bercirikan;
1.
Penguasaan yang
menonjol dan pengerahan modal oleh kekuatan ekonomi asing.
2. Penguasaan terhadap jajahan oleh kuasa asing yang
bertindak menurut kepentingannya sendiri.
3. Tingkat tertinggi daripada unsur perdagangan dan
industri semuanya dikuasai oleh komuniti penguasa asing.
4. Arah perdagangan eksport dan import negara disesuaikan
dengan kepentingan penguasa asing.
5. Lebih condong kepada pola pengeluaran pertanian
daripada terhadap perusahaan.
6. Pengembangan keterampilan teknologi dan ilmu
pengetahuan sangat sedikit.
7. Organisasi pengeluaran melibatkan tenaga kerja
setengah bebas.
8.
Ketiadaan
kesatuan sekerja atau organisasi buruh untuk melakukan tindakan pemerasan.
9. Sebahagian besar penduduk peribumi tidak terlibat
langsung dengan perusahaan kapitalis.
PERUBAHAN BENTUK SOSIO-POLITIK DAN EKONOMI MASYARAKAT
TANAH MELAYU.
Pihak penjajah British melalui medium
politik (bertindak sebagai penasihat Raja-raja Melayu) telah memperkenalkan
pelbagai dasar sosioekonomi yang bersifat berat sebelah yang lebih
menguntungkan kepentingan mereka, berbanding dengan kebajikan masyarakat peribumi
Melayu sendiri. Dengan kemasukan buruh asing daripada China dan India bagi
tujuan menjana perkembangan ekonomi kapitalis penjajah British, yang memerah
hasil bumi Tanah Melayu semaksimum mungkin, pihak British telah mengubah bentuk
masyarakat yang sedia ada di Tanah Melayu. Secara jelas beberapa perubahan
masyarakat telah timbul, seperti;
1.
Dominasi dan
ketuanan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu melalui sektor politik, sosial
dan ekonomi telah mula terhakis.
2.
Walaupun pihak
penjajah British sering mendakwa mereka menjaga kebajikan masyarakat Melayu,
tetapi hal ini tidak berlaku kepada masyarakat Melayu pada keseluruhannya,
kerana mereka lebih bertindak bias hanya kepada golongan elit pembesar Melayu
semata-mata.
3.
Pihak British
tidak menyediakan suasana dan kefahaman yang kondusif ke arah mewujudkan
perpaduan di kalangan masyarakat di Tanah Melayu. Sebaliknya mereka telah
meletakkan asas perpecahan di kalangan masyarakat majmuk, sebagai contohnya
menyediakan sistem pendidikan yang berbeza mengikut etnik yang berbeza.
Masyarakat India dan China telah diberikan kurikulum pendidikan yang lebih
berorientasikan tanah Besar China dan India, manakala masyarakat Melayu telah
diberikan sistem pendidikan berbentuk kemahiran asas yang terhad bagi
menjadikan mereka petani dan nelayan yang lebih baik sedikit berbanding dengan
orang tua mereka.
4.
Dasar
membahagikan masyarakat Tanah Melayu mengikut kawasan dan status pekerjaan yang
berbeza. Kesemua masyarakat awam, terdiri dari masyarakat Melayu, China dan
India digunakan hanya untuk memberikan perkhidmatan kepada kuasa British dan
sesetengah saudagar China dan pembesar Melayu yang tinggal di kawasan bandar.
Kawasan bandar dan tempat strategik di Tanah Melayu seperti kawasan lombong,
ladang getah dan pelabuhan besar telah disediakan kemudahan infrastruktur yang
baik, yang tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan penduduk awam biasa.
PENERAPAN FAHAMAN SEKULARISME (FAHAMAN ANTI AGAMA) DI
DALAM MASYARAKAT MELAYU-ISLAM.
Sejarah telah mencatatkan
bagaimana pada peringkat awalnya, kuasa penjajah British di alam Melayu telah
menjalankan dasar yang tidak campur tangan dalam soal agama dan adat resam,
tetapi secara realitinya hal yang sebaliknya telah berlaku apabila pihak
British turut mencampuri kedua-dua bidang ini dan dalam konteks yang lebih
penting lagi pihak British telah cuba menghapuskan potensi dan mekanisme penggerak
yang terdapat di dalam ajaran Islam. Di dalam usaha mereka mengkaji tentang
cara yang terbaik untuk menghapuskan akar dan asas kekuatan Islam yang selama
ini terjalin erat di antara umat Islam di rantau alam Melayu, mereka telah
mendapat khidmat nasihat dari serangkaian sarjana-pentadbir orientalis, yang
bertugas mengkaji kekuatan dan kelemahan umat Melayu dan seterusnya dicadangkan
cara terbaik untuk menangani persoalan ini.
Dalam
konteks Malaysia, beberapa dasar dan pendekatan utama telah dijalankan oleh
penjajah British untuk tujuan penghapusan potensi Islam ini. Antaranya; pertama, memperkenalkan konsep nation
state berasaskan semangat asabiyyah sempit kepada sesuatu negeri dan
kawasan yang tertentu menggantikan semangat perpaduan ummah Islam.[48]
Dasar ini lebih merupakan usaha untuk memecahbelahkan perpaduan umat Melayu di
rantau ini agar ianya tidak menjadi ancaman kepada kuasa penjajah barat,
seperti mana apa yang pernah berlaku sebelumnya. Untuk memperjelaskan
pendekatan ini, kita boleh merujuk kepada dasar penjajah British dan Belanda
yang begitu bimbangkan peranan institusi haji dan pendidikan Islam di timur
tengah, yang dimaklumi oleh mereka sebagai pernah menjadi penggerak utama
kepada jalinan ukhuwah Islam di rantau alam Melayu.
Kedua, penerapan
proses sekularisme di dalam masyarakat Melayu dan memperkenalkan sistem
pendidikan barat. Apa yang jelasnya kita boleh melihat bahawa sebab utama
berlakunya jalinan perpaduan ini adalah kerana faktor Islam dan ilmu
pengetahuan. Jadi, dalam soal ini, pihak British secara halus cuba menghapuskan
institusi pengajian Islam tradisional berasaskan pengetahuan Islam dan tulisan
jawi.[50]Kedua-duanya
telah dijadikan sasaran utama yang ditonjolkan kepada masyarakat Melayu sebagai
ketinggalan zaman, tidak mempunyai nilai-nilai komersial dan menyekat semangat
intelektual moden.[51]
Sebagai gantinya, penjajah British telah memperkenalkan sistem persekolahan
British berteraskan pemberian pengetahuan am yang amat terhad dan bersifat
perkauman untuk ketiga etnik kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Pihak British
telah menerapkan di dalam mata pelajaran yang diajarkan bahawa mereka sebagai
hero, penyelamat kepada orang Melayu dan ambassador
of civilization untuk masyarakat di alam Melayu.
Dalam
konteks sejarah alam Melayu, kebanyakan sarjana barat telah mengaitkan proses
pemodenan yang timbul adalah kerana faktor penjajahan kuasa barat, khususnya
pihak British dan menolak hujah bahawa Islam yang meninggalkan pengaruh yang
baik ke atas masyarakat Melayu. Antara elemen pemodenan yang kononnya telah
dibawa masuk ataupun dipaksakan[52]
ke atas masyarakat Melayu oleh kuasa penjajah British adalah;
1)
Mewujudkan
kemudahan infrastruktur moden seperti sistem jalan raya, talian telefon,
hospital dan sebagainya.[53]
2)
Mewujudkan sistem
pendidikan vernakular ala British untuk tiga etnik kaum yang berbeza.[54]
3)
Menanamkan sikap
yang lebih terbuka dan keberanian untuk mengkritik kepincangan yang dilakukan
oleh pembesar Melayu.
4)
Memperkenalkan
sistem pentadbiran di semua peringkat yang lebih tersusun termasuklah dalam
sektor berkaitan dengan Islam.[55]
Di
sebalik serangkaian butiran dan elemen pemodenan ini, kalau kita teliti secara
mendalam, akan jelas kepada kita bahawa kesemua contoh pemodenan yang
diperkenalkan ini adalah untuk tujuan kepentingan politik dan ekonomi kuasa British
dan ianya tidak dilakukan untuk tujuan kebaikan masyarakat Melayu.[56]
Hal ini telah disokong dengan kenyataan oleh seorang sarjana yang menyatakan;
“While the new urban society became richer
and was provided with all the material comforts of civilization, the rural
Malays remained in poverty. The Malays had a money economy thrust upon them,
but they had little means of earning the same money to buy the goods that came
with a money economy. While the British were consciously and deliberately
creating a modern economic sistem consonant with world commercial development,
the Malays were driven more into the backwoods of economic progress".
Kenyataan
ini secara jelas mendedahkan bagaimana semua nikmat pemodenan yang kononnya
diusahakan oleh kuasa British ini tidak dapat dinikmati oleh orang Melayu,
bahkan untuk jangka masa yang panjang kemudiannya telah menimbulkan masalah
perpaduan di Tanah Melayu.
Ketiga,
pihak British telah melatih dan mendidik segolongan anak-anak raja dan pembesar
Melayu dengan nilai-nilai sekularisme barat, sehingga menjadikan mereka sebagai
manusia yang berupa paras Melayu tetapi berjiwa dengan semangat sekularisme
barat. Kelas pentadbir pilihan British ini telah dirancang khusus untuk
menjadikan mereka sebagai pengganti tempat pihak British apabila Tanah Melayu
diberikan kemerdekaan kelak, yang barang pastinya akan meneruskan dasar warisan
sekularisme ala British di dalam pemerintahan negara yang berdaulat. Perlu
diingat, sebelum kedatangan kuasa penjajah British, masyarakat Islam alam
Melayu memang boleh dikategorikan sebagai golongan intelektual yang lahir
akibat dari sistem pendidikan Islam. Sebagai contohnya, pada permulaan abad ke
sembilan belas, kita dapat menyaksikan kelahiran segolongan pelajar Melayu yang
belajar di Timur tengah yang terdedah dengan perjuangan Pan-Islamism di bawah
pimpinan Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.[58]
Berbanding dengan tokoh-tokoh nasionalis feudal Melayu
di Tanah Melayu yang lahir dari sistem pendidikan penjajah yang kebanyakannya
menjadikan seseorang pelajar itu berjiwa British dan pro-British ,
nasionalis-reformis Melayu yang awal ini lebih menjiwai kesedaran Islam yang
sejati dan menghayati penderitaan umat
Melayu yang disisih dengan dasar penjajahan British.
MENGHILANGKAN SIFAT KEBANGGAAN DAN JATI DIRI YANG
DIMILIKI OLEH MASYARAKAT MALAYSIA.
Penjajah British telah menerapkan secara
tidak langsung pendekatan yang bersifat stereotaip ras yang menetapkan pelbagai
sifat negatif kepada semua lapisan kaum di Malaysia. Bangsa Melayu dikatakan
sebagai bangsa yang malas, suka berkhayal dan tidak boleh dipercayai, bangsa
Cina dihisabkan sebagai bangsa pencandu dan suka berjudi dan bangsa India pula dihisabkan
sebagai bangsa yang lemah daya intelektual, pengotor dan kuat minum arak. Pendedahan
yang bersifat stereotaip ini bakal menyebabkan semua bangsa Malaysia akan
merasa malu dan hilang maruah diri untuk berhadapan dengan bangsa lain di dunia
ini. Apa yang lebih buruk lagi, masyarakat Malaysia selepas merdeka akan
beranggapan bahawa semua warisan silam bangsa mereka bersifat rendah dan
ketinggalan zaman berbanding dengan warisan yang ditinggalkan oleh warisan
tamadun barat, yang juga dikenali sebagai pendekatan euro-centric.
SIFAT WASPADA DENGAN FENOMENA GLOBALISASI SEMASA.
Terdapat sebilangan sarjana
Melayu semasa yang menekankan kepentingan untuk memahami maksud, inti pati dan
fenomena sebenar globalisasi ini dengan pandangan yang lebih luas dan holistik.
Sebagai contohnya, Mohd. Salleh Hasan telah menerangkan bahawa globalisasi
bermaksud proses dunia menjadi ataupun menuju ke arah kesejagatan, yang dapat
lebih difahami dengan merujuk kepada empat gejala yang utama; politik
(ideologi), ekonomi, pendidikan, teknologi dan budaya.[62]
Apa yang jelasnya, dalam keempat-empat gejala ini, paksi asasnya adalah
dikuasai oleh kuasa kapitalis barat
yang rata-ratanya memang menganggap Islam itu sebagai musuh yang utama (Evil
empire), yang perlu dihapuskan hingga ke akar umbi,[64]
memandangkan hanya Islam sahaja yang secara konsisten dan berterusan menentang
hebat fahaman sekularisme tajaan barat, berbanding dengan agama dunia yang
lain.[65]
Bagi
Lukman Z. Mohamad[66]
dan Abdul Rahman Embong,[67]
fenomena globalisasi ini bukanlah perkara baru yang diperkenalkan oleh kuasa
barat pada zaman moden ini, tetapi ianya merupakan kesinambungan usaha
penjajahan (kolonialisme) kuasa barat yang bermula sejak zaman kolonialisme
klasik yang dipaksakan kepada masyarakat dunia ketiga. Maksudnya, fenomena ini
tidak lain dan tidak bukan lebih merupakan agenda serangan pemikiran atau ghawz
al-fikr yang dirancang khusus oleh kuasa barat ke atas umat Islam, bagi
tujuan melanjutkan penguasaan mereka terhadap kelangsungan masyarakat Islam.[68]
Dalam
soal ini, bertepatan dengan pandangan sarjana barat yang agak cynical terhadap isu globalisasi ini
yang dianggap sebagai imperialisme budaya[69]
dan bahasa[70]
yang dipaksakan oleh kuasa besar terhadap masyarakat dunia ketiga, tokoh reformis
Melayu-Islam semasa telah berusaha memperincikan idea asas globalisasi ini,
yang terkandung di dalam fahaman pasca modenisme barat. Hasilnya, mereka telah
mendapati bahawa isi utama fahaman ini adalah faham sekularisme lama dalam
bentuk baru.[71]
Fahaman ini seperti mana halnya dengan fahaman sekularisme klasik merupakan
fahaman yang anti agama dan berasaskan budaya hawa nafsu (sensate culture).[72]
Atas dasar inilah yang menyebabkan sesetengah reformis
Melayu semasa dapat mengenal pasti agenda terkutuk yang dibawa oleh globalisasi
tajaan barat yang antara lainnya menyebar dan meyakinkan negara umat Islam
bahawa neraca kemajuan dan pemodenan samada dalam bidang material dan spiritual
yang paling betul dan baik adalah mengikut acuan sekular-materialistik-sensist
barat. Manakala sebarang usaha untuk menjalankan syariah Allah akan dianggap
sebagai ketinggalan zaman, boleh menimbulkan huru-hara dan bakal menyebabkan
kemunduran kemanusiaan. Bahkan globalisasi yang kerap diperkatakan dewasa ini
adalah sebenarnya usaha penyejagatan nilai-nilai sekular barat ke seluruh
dunia.
Lanjutan daripada propaganda globalisasi ini juga
telah diwartakan melalui saluran teknologi maklumat dunia bahawa semua produk
barat adalah maju, moden, bermutu dan berperikemanusiaan. Hasilnya, di zaman
pasca kemerdekaan (neo-Kolonialisme) blok barat telah berjaya meneruskan
penjajahan ke atas negara umat Islam dengan senjata yang baru, penguasaan
ekonomi global. Hal ini telah ditegaskan oleh Hassan Langgulung dengan;
“ Sistem
barat ini di mana ada segala-galanya telah memandang negara-negara dan dunia
lain tidak lebih dari pasar-pasar besar yang siap untuk membeli barangnya.
Sistem ini telah merubah dunia-dunia lain sekadar sebagai bangsa-bangsa
pengguna yang akan menurut telunjuknya, sehingga bila negara-negara tadi
menjadi merdeka dan dimerdekakan, sebenarnya dari praktiknya negara-negara tadi
hanya memperoleh bendera dan lagu kebangsaan, sedangkan segi-segi kehidupan
yang lain seperti ekonomi, kebudayaan, bahasa, pemikiran, kesenian dan
lain-lain masih tetap menurut cara barat”.
KESIMPULAN
Kita dapat merumuskan beberapa perkara utama. Pertama, PIM ini memang mempunyai kepentingan penjagaan
nasionalisme bangsa Melayu dan mementingkan ketinggian agama Islam di Terengganu.
Kedua, semangat nasionalisme
Melayu-Islam oleh masyarakat Melayu Terengganu melalui Perlembagaan Itqan Muluk
difahami bersifat simbiotik (saling berkait) antara matlamat mendaulatkan
syariah Islam dan mengekalkan ketuanan masyarakat Melayu-Islam di negeri
Terengganu. Nasionalisme ini bukannya bersifat asabiyyah sempit dan ianya telah mampu mewujudkan sistem
masyarakat Islam di Terengganu. Ketiga,
penggubal Perlembagaan Itqan Muluk secara lebih awal telah memahami keburukan
penjajahan kuasa British di Tanah Melayu. Hal ini kemudiannya mula difahami
oleh sarjana Melayu-Islam selepas Merdeka, khususnya apabila berhadapan dengan
fenomena globalisasi.
RUJUKAN
Abd. Jalil Borhan. 1996. Sumbangan Ulama dalam
Perkembangan Islam di Alam Melayu. Jurnal
Syariah 4 (2):hlm. 276-277
Abdul Aziz Mat Tom. 2000. Politik
al-Imam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Rahman Abdullah. 1994. Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950: Pengaruh Agama dan
Tarikat. Kuala Lumpur: Penerbit Kintan.
Abdul Rahman Aziz. 2000. Pekerjaan dalam Kehidupan
Manusia. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia.
Abdul Rahman Embong. 2000. Wacana Globalisasi. Dlm.
Norani Othman dan Sumit K. Mandal (ed.). Malaysia
Menangani Globalisasi: Peserta atau Mangsa. Bangi: UKM.
Abdul Rahman Haji Ismail. 1995. Nasionalisme
Melayu dan Nasionalisme Melayu Setanah Melayu: Satu Perbincangan Tentang Soal
Permulaannya. Dlm. Isu-Isu Pensejarahan
(Esei Penghargaan Kepada Dr. S. Suntharalingam): hlm.163-192, Pulau Pinang: Penerbit USM.
Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim. 2004. Pemodenan
& Pembaharuan di dalam Pengajian Tafsir al-Quran: Kajian ke arah Penubuhan
Pengkalan Data Tafsir al-Quran. Disertasi sarjana yang tidak diterbitkan,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Adnan Haji Nawang. 1998. Za’ba dan Melayu. Kuala Lumpur: Berita
Publishing.
Ahmad Faisal Bin Abdul
Hamid. 2011. Merekonstruksi
Sejarah Islam di Alam Melayu: Analisis Occidentalism. Kertas kerja yang
dibentangkan di World Congress for Islamic History and Civilization (WOCIHAC 2011),
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, pada 10-11/2011.
Arba’iyah Mohd Noor. 2001. Pensejarahan di Dalam
Tradisi Barat dan Melayu: Satu Perbandingan Ringkas. Dlm. Redzuan Othman (ed.). Jendela Masa: hlm. 26-27 Kuala Lumpur: Penerbit University Malaya.
Asep Syamsul M. Romli. 2000. Demonologi Islam: Upaya Barat Membasmi Kekuatan Islam. Jakarta:
Gema Insani.
Awang Hadi Salleh. 2000. Patriotisme
dan Globalisme dalam Konteks Pergerakan Bahasa dan Sastera Kebangsaan. Dlm.
Abdul Latiff Abu Bakar (ed.). Globalisme
dan Patriotisme dalam Sastera Melayu: Kumpulan Kertas kerja Hari Sastera 1995:
hlm. 1-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
B.J.O.Schrieke. 1957. Indonesian Sosiological Studies. Bandung: Penerbit Van Hoeve.
C. Snouck
Hurgronje. 1970. Mekka in the Latter
Part of the 19th Century. Leiden: E. J. Brill.
Chai Hon Chan. 1967. The
Development of British Malaya, 1896-1909. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Charles Tisdall. 1916. Ideas of Mohammedan Malaya. Dlm.
The Missionary Review of the World,
v. xxxiv. New York: Funk and Wagnalls.
Fawaz A. Gerges.
1999. America and Political Islam: Clash of Cultures or Clash of Interest.
Cambridge: Cambridge University Press.
Hadijah Rahmat. 2001. In Search of Modernity: A Study of the
Concepts of Literature, Authorship and Notion of Self in Traditional Malay
Literature. Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka.
Hashim Musa. 2001. Merekonstruksi
Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru.
Kuala Lumpur: APMUM.
Hassan Langgulung. 1987. Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu. Syarahan Perdana jawatan Profesor
Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 29 Oktober 1987, Bangi.
Husin Mutalib. 1990.
Islam and Ethinicity in the Malay Politics. Singapore: Oxford University
Press.
Ibrahim Abu Bakar. 1994. Islamic Modernism in Malaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Idris Zakaria. 2003. Islam dan
Amalan Tolenrasi di Nusantara. Dlm. Zulkiple Abd. Ghani, Anuar Puteh, H. A.
Yaakob Matondang (ed.). Jaringan Dakwah
Malaysia Indonesia: hlm. 150-164. Bangi:
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah
Sumatera Utara (UMSU).
Isabella Bird. 1967. The Golden Chersonese and the Way Thither. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Jaffary Awang. 2000. The Notion of Ummah in Islam: The
Response of Malay Muslim Intellectuals in Malaysia. Tesis Ph.D University of
Birmingham.
Kamaruddin Jaffar. 2000. Dr. Burhanuddin Al-Helmy; Pemikiran dan Perjuangan. Kuala Lumpur:
IKDAS.
Lukman Z. Mohamad. 2003. Globalisasi dan Budaya Global:
Ancaman Baru Kepada Masyarakat Dunia. Dlm. Lukman Z. Mohamad (ed.). Globalisasi di Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Distributors.
Md. Salleh Hj. Hasan. 1999. Gejala Globalisasi:
Peranan Dan Tanggungjawab Institusi Ilmu. Jurnal
Pendidikan Islam 8 (3): hlm. 34-39
Mohamed Redzuan Othman. 2001. Pengaruh Timur Tengah dalam
Perkembangan Awal Kesedaran Politik Melayu. Dlm. Mohamed Redzuan Othman (ed.). Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena
Persaraan Dato' Khoo Kay Kim: hlm. 245-247 Kuala Lumpur: Penerbit UM.
Mohammad Redzuan Othman. 1998. The Role of
Makka-Educated Malays in the Development of Early Islamic Scholarship and
Education in Malaya. Journal of Islamic
Studies 9 (2): 154
Mohd Farhan Abd Rahman dan Rahimin Affandi Abd Rahim. 2012.
Undang-undang Islam dalam Masyarakat Melayu: Analisis Terhadap Bentuk Pemikiran
dan Pandangan R.O. Winsted. Jurnal Fiqh
9
Mohd Hazim Shah Abdul Murad. 2005. Epistemology Colonial:
Satu Analis Sistem Ciri Dan Kesannya. Dlm. Mohamad Daud Mohamad (ed.). Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu:
hlm. 91-92. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nazri Chik. 2006.
Perlembagaan Itqan Muluk Bi
Ta’dil Al-Suluk 1911 ditinjau dari Aspek Latar Belakang dan Pengaruhnya kepada
Pelaksanaan Undang-undang Islam di Terengganu. Tesis sarjana Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Mohd. Yusof Hj. Othman. 2001. Teknologi Maklumat, Harapan
dan Cabaran di Alaf Baru. Dlm. Sharifah Azizah Sahil Jamalullail (ed.). Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Harapan, Cabaran
dan Barakah: hlm 44. Alor Setar: INSANIAH.
Moshe Yegar. 1979. Islam
and Islamic Institutions in British Malaya. Jerusalem: Magnes Press.
Muhammad Abu Bakar. 1990. Dari Pusat ke Penggiran:
Masa Kini dan Masa Depan Pondok di Malaysia. Jurnal
Pendidikan Islam 3 (1): hlm. 10-12
Nabir Abdullah. 1987. Turki dan Alam Melayu: Tinjauan
Terhadap Sejarah Hubungan Keduanya. Jebat 15: hlm. 129-142.
Rahimin Affandi Abd Rahim. 2010. Pemodenan dan Kesejahteraan Manusia dari Perspektif
Orientalisme. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Serantau Islam dan
Kesejahteraan Sejagat, Fakulti Usuluddin, UNISSA, Brunei, pada 24-25 Februari 2010.
Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2003. Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh di dalam
Sastera Undang-undang Melayu: Satu Analisa. Dlm. Muhammad Mokhtar Hassan
(ed.). Kesusasteraan dan Undang-Undang: hlm. 158-179 Universiti Malaya:
Penerbitan Akademi Pengajian Melayu.
Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2006. Ulamak dan Paradigma
Menanggani Kebudayaan Melayu. Dlm. Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che
Din (ed.). Wacana Budaya: hlm. 55-80. Kuala Lumpur:
APMUM.
Rahimin Affandi Abd. Rahim, Abdullah Yusof, Ruzman Md.
Noor & Nor Adina Abdul Kadir. 2011. Pemikiran Pendidikan Islam dalam
Sejarah Tradisi Alam Melayu: Analisis Kritikal. Dlm. Prosiding International Conference of Islamic Civilization and Malay
Identity 2011 (ICICMI201).
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2000. Kebudayaan Melayu dan Islam di Nusantara:
Satu Analisa Pengkaedahan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Hukum Islam Semasa 111 Peringkat
Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, pada 7-8 November 2000.
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2003. Analisis Sejarah
Dakwah dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia. Dlm. Zulkiple Abd.
Ghani (ed.). Jaringan Dakwah
Malaysia-Indonesia: hlm. 47-74 Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, UKM
Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU).
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2005. Islam dan
Perkembangan Emosi Melayu Selepas Merdeka: Satu Analisis. Dlm. Zahir Ahmad
(ed.). Emosi Melayu: hlm. 11-42. Kuala Lumpur: APMUM.
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2012. Formula
Ketatanegaraan Melayu-Islam di Alam Melayu: Rujukan Khusus Kepada Perlembagaan
Itqan Al-Muluk. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2012, Pulau Jerjak Rainforest
Resort, pada 15-16 Oktober 2012.
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Hj. Ismail, Mohd.
Kamil Abd. Majid & Nor Hayati Md. Dahlal. 2010. Batu Bersurat di Terengganu:
Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam. Jurnal Fiqh 7: hlm. 18-45
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Ruzman Mohd Noor &
Nor Hayati Mohd Dahlal. 2011. Metodologi Disiplin Occidentalisme Alternatif:
Tumpuan Khusus Terhadap Pandangan Orientalis Terhadap Hukum Islam. Jurnal
syariah 19 (3): hlm. 213-248
Rahmah Hashim. 1999. Industrialisasi dan Globalisasi:
Cabaran Teknologi Komunikasi Dan Kesannya Terhadap Kelangsungan Pendidikan
Generasi. Jurnal Pendidikan Islam 8 (3):
hlm. 55-60.
Saleh Faghizadeh. 2004. Sosiologi Sosiologi. Terj.
Mohd Fauzi Yaacob, Kuala Lumpur: ITNMB.
Shaharuddin Maaruf. 1993. Konsep Wira dalam Masyarakat Melayu. Singapura: Pustaka Nasional
Pte. Ltd.
Shamsul Amri Baharuddin. 1983. Perancangan Pembangunan Negara
Selepas Merdeka 1957-1975: Tinjauan Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi
Malaysia. Dlm. Kay Kim, Khoo & Jazamuddin Baharuddin (ed.). Malaysia:
Sejarah dan Proses Pembangunan: hlm. 337-339. Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia.
Siddiq Fadhil. 2001. Ledakan
Maklumat, Revolusi Komunikasi dan Globalisasi: Implikasi Terhadap Jati Diri.
Dlm. Sharifah Azizah Sahil Jamalullail (ed.). Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Harapan, Cabaran dan Barakah: hlm. 6. Alor Setar: INSANIAH.
Sivachandralingam Sundara Raja.2001. Sumbangan Pedagang
Negeri (Country Traders) dalam Penulisan Sejarah Malaysia. Dlm. Mohammad
Redzuan Othman (ed.). Jendela Masa;
Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim: hlm. 85-94. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Syed Hussein al-Attas.1977. The Myth of the Lazy Native. London: Frank Cass and Company
Limited.
Syed Hussein al-Attas. 1991. Mitos Peribumi Malas: Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam
Kapitalisme Penjajah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
T.N. Harper.1999. The End of Empire and the Making of Malaya.
Cambridge: Cambridge University Press.
Timah Hamzah. 1981. Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu: Satu Kajian Ketokohan dan
Kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 1997. Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Suatu Kefahaman Baru yang Lebih
Sempurna. Kuala Lumpur: ISTAC.
William Roff. 1980. The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Zainal Abidin Borhan.2000. Pantun dan Peribahasa Melayu:
Persoalan Jati Diri dan Patriotisme. Dlm. Abdul Latiff Bakar (ed.). Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu:
hlm. 45-58.. Kuala Lumpur: APMUM.
Zainal Abiding Abdul Wahid. 1992. Penubuhan Kongres
Melayu Se-Malaya dan Kelahiran UMNO. Dlm. Zainal Abidin Abdul Wahid et al.
(ed.). Malaysia: Warisan dan Perkembangan:
hlm. 193-195 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Kling.1999. Keranamu Malaysia: Negara Itu
Adalah Akar Umbi Kehidupan Dan Essensi Kewujudan Manusia. Dlm. Perpaduan
Bil. 3: hlm. 4-11.
Zakaria Stapa. 1997. Negara Malaysia yang Maju dan
Berakhlak Mulia: Realiti dan Kemungkinan.
Jurnal IKIM 5 (1).
Zakaria Stapa. 1999. Ancaman Pasca Moden dan Faham Modenisme
Terhadap Akidah dan Akhlak Umat Islam Masa Kini. al-Maw’izah
7: hlm 1-14.
[1] Shamsul Amri
Baharuddin. Perancangan Pembangunan Negara Selepas Merdeka 1957-1975 : Tinjauan
Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Malaysia, dalam Kay Kim, Khoo &
Jazamuddin Baharuddin (ed.), Malaysia : Sejarah dan Proses Pembangunan,
Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. 1983, hlm. 337-339.
[2]
Mohd Hazim Shah Abdul Murad. Epistemology
Colonial: Satu Analis Sistem Ciri dan Kesannya, dalam Mohamad Daud Mohamad
(ed.), Pascakolonialisme dalam Pemikiran
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005, hlm. 91-92.
[3]
Saleh Faghizadeh. Sosiologi
Sosiologi, (terj. Mohd Fauzi Yaacob), Kuala Lumpur : ITNMB. 2004, hlm.
15-118.
[4]
Kamaruddin Jaffar.2000. Dr. Burhanuddin Al-Helmy; Pemikiran dan
Perjuangan, Kuala Lumpur : IKDAS. 2000, hlm. 48-51.
[5]
Zainal Abidin Borhan. Pantun dan
Peribahasa Melayu: Persoalan Jati Diri dan Patriotisme, dalam Abdul Latiff
Bakar (ed.), Globalisme dan Patriotisme
Dalam Sastera Melayu, Kuala Lumpur: APMUM. 2000, hlm. 45-58.
[6]
Isabella Bird. The Golden Chersonese and the Way Thither, Kuala Lumpur: Oxford
University Press.1967, hlm. 20.
[7] Abdullah
Bukhari bin Abdul Rahim. Pemodenan & Pembaharuan di dalam Pengajian Tafsir al-Quran:
Kajian ke arah Penubuhan Pengkalan Data Tafsir al-Quran, (Disertasi sarjana
yang tidak diterbitkan), Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2004, hlm. 14.
Penyenaraian Syeikh Abdullah
Basmeih sebagai salah seorang tokoh pentafsir al-Quran Melayu adalah perlu dan
amat berpatutan.
[8]
Rahimin Affandi Abdul Rahim.
Kebudayaan Melayu dan Islam Di Nusantara: Satu Analisa Pengkaedahan, kertas
kerja yang dibentangkan di Seminar
Hukum Islam Semasa 111 Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh
dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8hb. November 2000,
hlm. 18-19.
[9]
William Roff. The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Oxford University
Press. 1980, hlm. 41.
[10]
Abdul Rahman Abdullah. Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia
1511-1950: Pengaruh Agama dan Tarikat, Kuala Lumpur: Penerbit Kintan. 1994.
[11]
Charles Tisdall. Ideas of Mohammedan
Malaya, dalam The Missionary Review of the
World, v. xxxiv, New York: Funk and Wagnalls.1916, hlm. 348-349.
[12]
Untuk maklumat yang lebih mendalam
lagi tentang konsep Ummah, sila lihat Jaffary Awang (2000), The Notion of Ummah in Islam: The Response
of Malay Muslim Intellectuals in Malaysia, (Tesis Ph.D yang tidak
diterbitkan), University of Birmingham, khususnya dalam bab ketiga dan
keempat.
[14]
B. J. O. Schrieke. Indonesian Sosiological Studies,
Bandung: Penerbit Van Hoeve, j. 2.1957, hlm. 261.
[15]
Abdul Rahman Abdullah. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990, hlm.127-130.
[16]
Ibid., hh. 99-100.
[17]
Nabir
Abdullah. Turki dan Alam Melayu: Tinjauan Terhadap Sejarah Hubungan Keduanya,
dalam Jebat, 1997, Bil.15, hlm.
129-142.
[18]
Ibrahim
Abu Bakar Islamic Modernism in Malaya,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1994, hlm. 2-6.
[19]
Abd. Jalil Borhan. Sumbangan Ulama dalam
Perkembangan Islam di Alam Melayu, Jurnal
Syariah, 1996, 4(2), hlm 276-277.
[20]
Ibid., hlm. 278.
[21] Beliau
berasal dari Banten Jawa Barat dan menghabiskan masa mudanya belajar di
beberapa tempat di Tanah Jawa dan kemudiannya menunaikan haji ke Mekah untuk
menuntut ilmu serta menetap di sana. Di Mekah beliau juga telah bertugas
sebagai guru dan banyak mendalami berbagai-bagai ilmu agama sehingga ke Mesir
dan Syiria. Selain daripada karya tafsir tersebut, beliau banyak menghasilkan
berbagai-bagai karya ilmiah di antara yang terkenalnya ialah Matan
al-Ajrumiyyah dalam bidang nahu dan syarh kepada kitab Imam
al-Ghazalli Bidayah al-Hidayah. Lihat, C. Snouck Hurgronje. Mekka in The Latter Part
of the 19th Century, Leiden: E. J. Brill, 1970,hlm. 268–271.
[22]
Muhammad Redzuan Othman. The role of Makka-educated Malays in the
development of early scholarship and education in Malaya, Jurnal
of Islamic studies, 1988, 9(2).
[23]
Abdul Aziz Mat Tom, Politik al-Imam, 2000, Kuala Lumpur: DBP
[24]
Abdul Rahman Aziz, Pekerjaan Dalam Kehidupan
Manusia, Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia, 2000, hlm. 94-101.
[25] Zainal
Kling,Keranamu Malaysia : Negara itu Adalah Akar Umbi Kehidupan dan Essensi
Kewujudan Manusia, dalam Perpaduan, 1999, bil. 3, hlm. 4-11.
[26]
Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan
di Malaysia: ke Arah Suatu Kefahaman Baru yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001, hlm.
112-114.
[27] Abdul
Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Melayu dan Nasionalisme Melayu Setanah Melayu
: Satu Perbincangan tentang Soal Permulaannya, dalam Isu-isu Pensejarahan (Esei Penghargaan kepada Dr. S. Suntharalingam),
Pulau Pinang : Penerbit USM, 1995, hlm.163-192.
[28] Awang
Hadi Salleh, Patriotisme dan Globalisme Dalam Konteks Pergerakan Bahasa dan
Sastera Kebangsaan, dalam Abdul Latiff Abu Bakar (ed.), Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu : Kumpulan Kertas Kerja
Hari Sastera 1995, Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 1-2.
[29] Lihat
sebagai contohnya Mohd Farhan Abd Rahman dan Rahimin Affandi Abd
Rahim, Undang-undang Islam dalam
Masyarakat Melayu: Analisis Terhadap Bentuk Pemikiran dan Pandangan R.O.
Winsted, Jurnal Fiqh, 2012, (9) hlm.
87-112.
[30]
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Ruzman
Mohd Noor & Nor Hayati Mohd Dahlal, Metodologi Disiplin Occidentalisme
Alternatif: Tumpuan Khusus Terhadap Pandangan Orientalis Terhadap Hukum Islam, Jurnal
syariah, 2011, 19 (3).
[31] Wan
Mohd Nor Wan Daud, op. cit, 1997, hlm.
51-67
[32]
Rahimin Affandi Abd Rahim, Pemodenan dan
Kesejahteraan Manusia dari Perspektif Orientalism, kertas kerja yang dibentangkan
di Seminar Serantau Islam dan
Kesejahteraan Sejagat, Fakulti Usuluddin, UNISSA, Brunei, pada 24-25 Februari 2010.
[33]
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Formula
Ketatanegaraan Melayu-Islam di Alam Melayu: Rujukan Khusus Kepada Perlembagaan
Itqan Al-Muluk, kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2012, Pulau Jerjak
Rainforest Resort, pada 15-16 Oktober 2012.
[34] Ahmad
Faisal Bin Abdul Hamid, Merekonstruksi Sejarah Islam di Alam Melayu:
Analisis Occidentalism, Kertas kerja yang dibentangkan di World Congress for Islamic History and
Civilization (WOCIHAC 2011), Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, pada
10-11/2011.
[35]
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah
Hj. Ismail, Mohd. Kamil Abd. Majid & Nor Hayati Md. Dahlal, Batu Bersurat di
Terengganu: Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam, Jurnal Fiqh, 2010, 7, hlm. 136-138.
[36]
Rahimin Affandi Abd. Rahim, Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh di Dalam
Sastera Undang-Undang Melayu: Satu Analisa, dalam Muhammad Mokhtar
Hassan (ed.), Kesusasteraan dan Undang-Undang, Universiti Malaya: Penerbitan
Akademi Pengajian Melayu, 2003, hlm. 158-179.
[37]
Mohd Nazri Chik, Perlembagaan Itqan Muluk Bi Ta’dil Al-Suluk
1911 ditinjau dari Aspek Latar Belakang dan Pengaruhnya kepada Pelaksanaan
Undang-undang Islam di Terengganu, (Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan), Akademi Pengajian Islam, Universti Malaya, 2006, hlm. 62-72.
[38] Rahimin
Affandi Abd. Rahim, Abdullah Yusof, Ruzman Md. Noor &Nor Adina Abdul Kadir,
Pemikiran Pendidikan Islam dalam Sejarah Tradisi Alam Melayu: Analisis
Kritikal., dalam Prosiding International Conference of Islamic Civilization
and Malay Identity 2011 (ICICMI2011), 2011, hlm. 17-30.
(ISBN:978-967-5478-44-4)
[39] Lihat
Mohamed Redzuan Othman, Pengaruh Timur Tengah dalam Perkembangan Awal Kesedaran
Politik Melayu, dalam Mohamed Redzuan Othman (ed.), Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim,
Kuala Lumpur : Penerbit UM, 2011, hlm. 245-247.
[40]
Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ulamak dan Paradigma Menanggani Kebudayaan
Melayu”, dalam Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (ed.), Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM, 2006,
hlm. 55-80.
[41]
Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu: Satu Kajian Ketokohan dan Kepimpinan
Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm.
26-125.
[42]
Zainal Abiding Abdul Wahid, Penubuhan
Kongres Melayu Se-Malaya Dan Kelahiran UMNO, dalam Zainal Abiding Abdul Wahid et
al. (ed.), Malaysia : Warisan dan Perkembangan,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 193-195.
[43] Rahimin
Affandi Abdul Rahim, Paizah Hj. Ismail, Mohd. Kamil Abd. Majid & Nor Hayati
Md. Dahlal, op. cit, 2010, hlm.
146-147.
[44] Idris
Zakaria, Islam dan Amalan Tolenrasi di Nusantara”, dalam Zulkiple Abd. Ghani,
Anuar Puteh, H.A. Yaakob Matondang (ed.), Jaringan
Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,
UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (Umsu), 2003, hlm. 150-164
[45] Sivachandralingam Sundara Raja, Sumbangan Pedagang Negeri
(Country Traders) dalam Penulisan Sejarah Malaysia, dalam Mohammad Redzuan
Othman (ed.), Jendela Masa; Kumpulan Esei
Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya, 2001, hlm. 85-94.
[46] Syed Hussein al-Attas, Mitos
Peribumi Malas : Imej Orang Jawa, Melayu dan Flipina dalam
Kapitalisme Penjajah, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. xii dan xiii
[47] Rahimin
Affandi Abdul Rahim, Islam dan
Perkembangan Emosi Melayu Selepas Merdeka : Satu Analisis, dalam Zahir Ahmad
(ed.), Emosi Melayu, Kuala Lumpur :
Apmum, 2005, hlm. 11-42.
[48] Abdul
Rahman Embong, Wacana Globalisasi”, dalam Norani Othman dan Sumit K Mandal
(ed.), Malaysia Menanggani Globalisasi:
Peserta Atau Mangsa, Bangi: UKM, 2000, hlm. 34-43.
[49] Rahimin
Affandi Abdul Rahim, Analisis
Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia, dalam
Zulkiple Abd. Ghani (ed.) Jaringan Dakwah
Malaysia-Indonesia, Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM Dan
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), 2003, hlm. 47-74.
[50] Siddiq
Fadhil, Ledakan Maklumat, Revolusi Komunikasi dan Globalisasi : Implikasi
Terhadap Jati Diri, dalam Sharifah Azizah Sahil Jamalullail (ed.), Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Harapan,
Cabaran dan Barakah, Alor Setar: INSANIAH, 2001, hlm. 6.
[51] Muhammad
Abu Bakar, Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini dan Masa Depan Pondok di
Malaysia, Jurnal Pendidikan Islam, 1990,
3(1), hlm. 10-12.
[52] Hadijah
Rahmat, In Search of Modernity: A
Study of The Concepts of Literature, Authorship and Notion of Self in
Traditional Malay Literature, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001,
hlm. 19-22.
[53] T.N. Harper, The End of Empire and The Making of Malaya, Cambridge: Cambridge
University Press, 1999, hlm. 18-26.
[55]
Moshe Yegar, Islam and Islamic Institutions in British Malaya, Jerusalem: Magnes
Press, 1979, hlm. 187-234.
[56] Syed
Hussein al-Attas, The Myth of the
Lazy Native, London: Frank Cass and Company Limited, 1977, hlm. 42-44.
[57] Chai Hon
Chan, The Development of British Malaya,
1896-1909, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967, hlm. 276
[58] Mohammad
Redzuan Othman, The Role of Makka-Educated Malays in the Development of
Early Islamic Scholarship Aad Education in Malaya, Journal of Islamic Studies, 1998, 9(2), hlm. 154.
[59] Shaharuddin
Maaruf, Konsep Wira dalam Masyarakat Melayu, Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd, 1993,
hlm. 99-116.
[60]
Husin Mutalib, Islam and Ethinicity in the Malay Politics, Singapore: Oxford
University Press, 1990, hlm. 18-19
[61] Arba’iyah Mohd Noor, Pensejarahan di dalam Tradisi Barat dan Melayu
: Satu Perbandingan Ringkas, dalam Redzuan Othman (ed.), Jendela Masa, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2001,
hlm. 26-27.
[62] Md.
Salleh Hj. Hasan, Gejala Globalisasi : Peranan dan Tanggungjawab Institusi Ilmu,
Jurnal
Pendidikan Islam, 1999, 8(3), hlm. 34-39.
[63] Rahmah
Hashim, Industrialisasi dan Globalisasi : Cabaran Teknologi Komunikasi dan
Kesannya Terhadap Kelangsungan Pendidikan Generasi, Jurnal Pendidikan Islam, 1999, 8(3), hlm. 55-60.
[64]
Lihat Fawaz A. Gerges, America and Political Islam: Clash of
Cultures or Clash of Interest, Cambridge: Cambridge University Press, 1999,
hlm. xiii dan 20-35.
[65] Ibid.,
hlm. 16.
[66] Lukman
Z. Mohamad, Globalisasi dan Budaya Global: Ancaman Baru Kepada Masyarakat Dunia,
dalam Lukman Z. Mohamad (ed.), Globalisasi
di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, 2003, hlm.
9-14.
[67] Abdul
Rahman Embong, op. cit, 2000, hlm. 27-28.
[68] Asep
Syamsul M. Romli, Demonologi Islam :
Upaya Barat Membasmi Kekuatan Islam, Jakarta: Gema Insani, 2000, hlm. 8-19.
[69] Lukman
Z. Mohamad, op. cit, 1999, hlm. 9-12.
[70]
Lihat Mohd. Yusof Hj. Othman, Teknologi
Maklumat, Harapan dan Cabaran di Alaf Baru, dalam Sharifah Azizah Sahil Jamalullail (ed.), Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Harapan,
Cabaran dan Barakah, Alor Setar: INSANIAH, 2001,
hlm. 44.
[71] Zakaria
Stapa, Negara Malaysia yang Maju dan Berakhlak Mulia : Realiti dan Kemungkinan,
Jurnal IKIM, 5(1), 1997, hlm.
123-145.
[72] Zakaria
Stapa, Ancaman Pasca Moden dan Faham Modenisme Terhadap Akidah dan Akhlak Umat
Islam Masa Kini, al-Maw’izah, 1999,
7, hlm. 1-14.
[73] Hashim
Musa, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam
: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru, Kuala Lumpur : APMUM, 2001,
hlm. 36.
[74] Hassan
Langgulung, Menghadapi Abad Kedua Puluh
Satu, Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia,
pada 29 Oktober 1987, Bangi, hlm. 31.