1.1
Pengenalan
Komunikasi secara umumnya telah wujud bersama dengan penciptaan manusia
oleh Tuhan. Sejak beribu-ribu tahun dahulu manusia sudah mengamalkan
prinsip-prinsip komunikasi dalam pelbagai konteks penggunaan untuk tujuan utama
iaitu berinteraksi dan bertukar maklumat. Jika kita imbas kembali dalam sejarah
awal tamadun Islam, ayat-ayat al-Quran disebarkan melalui komunikasi lisan
secara bersemuka. Kemudiannya ditulis di atas kulit kayu dan kulit binatang
bagi menjaga ayat-ayat tersebut daripada hilang, di samping boleh digunakan oleh
generasi seterusnya tanpa ada sebarang tokok tambahan walaupun masa dan tamadun
manusia berubah. Kini inovasi teknologi maklumat dan komunikasi telah
memudahkan kita mendokumentasi dan mengakses ayat- yat suci al-Quran tadi dalam
bentuk yang lebih canggih seperti dalam media VCD, DVD malah boleh digabungjalinkan
dengan audio-visual.
Senario ringkas yang dipaparkan, jelas menunjukkan bahawa pendekatan dan aplikasi komunikasi berubah seiring dengan kemajuan serta persekitaran masyarakat. Namun begitu, perkembangan komunikasi sebagai satu bidang ilmu pengajian hanya mendapat perhatian sarjana pada awal abad ke-20. Walaupun komunikasi merupakan satu bidang pengajian yang baru berbanding bidang-bidang sains sosial yang lain, bidang komunikasi amat pesat berkembang berdasarkan pengembangan ilmunya melalui kajian-kajian intelektual yang dijalankan oleh para cendekiawan yang terlibat. Dalam bab ini, kita akan mendalami sejarah komunikasi mengikut tahap tahap perkembangan dan melihat kedudukan bidang komunikasi sebagai satu bidang sains sosial. Perbincangan juga akan ditumpukan kepada pembangunan bidang komunikasi di peringkat antarabangsa dan di Malaysia.
1.2 KOMUNIKASI SEBAGAI SATU BIDANG SAINS SOSIAL
Pengasasan bidang komunikasi banyak berdasarkan kepada
bidangbidang sains sosial yang lebih dahulu wujud seperti psikologi, sosiologi,
antropologi, sains politik dan ekonomi. Bidang-bidang ini mempunyai banyak
pengaruh terhadap bidang komunikasi kerana kebanyakan penyelidikan awal
komunikasi sebenarnya dipelopori oleh mereka yang berada di bawah bidang-bidang
tersebut. Antaranya ialah Harold Lasswell yang membina Model Komunikasi
Lasswell atau lebih terkenal dengan Teori Peluru Ajaib adalah merupakan ahli
sains politik, Paul Lazarsfeld yang mengembangkan Model Pengaliran Maklumat Dua
Peringkat pula merupakan pakar sosiologi dan Karl Hovland yang banyak mengkaji
perubahan sikap adalah merupakan penyelidik dalam bidang psikologi.
Selain itu, teori-teori utama bidang sains sosial juga banyak
menyumbang kepada kerangka ilmu komunikasi. Antara contohnya ialah Teori
Evolusi Darwin yang dilihat sebagai pencetus idea dan penelitian terhadap komunikasi
bukan lisan, Teori Psikoanalitik oleh Freud yang menyumbang kepada kerangka
pengajian ilmu pemujukan yang dibina oleh Carl Hovland, dan juga Teori Kritikal
oleh Karl Marx yang mempengaruhi bidang
kajian kesan media dan politik-ekonomi dalam konteks komunikasi. Perkembangan
pesat teknologi dan komunikasi turut merangsang perkembangan media yang mula
memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Berbagai-bagai ciptaan
terbaru daripada telegraf, radio, televisyen, telefon, satelit sehinggalah
kepada ciptaan peralatan komputer mula wujud. Bertitik tolak daripada penggunaan
pelbagai jenis teknologi media dalam penyebaran maklumat telah mencetuskan
minat
para penyelidik untuk menjalankan kajian-kajian berkaitan, seperti kesan penggunaan teknologi media terhadap manusia secara individu atau berkumpulan, sama ada kepada kanak-kanak atau orang dewasa.
para penyelidik untuk menjalankan kajian-kajian berkaitan, seperti kesan penggunaan teknologi media terhadap manusia secara individu atau berkumpulan, sama ada kepada kanak-kanak atau orang dewasa.
Perkembangan politik dan ekonomi semasa juga turut menarik
perhatian para pengkaji untuk menumpukan kajian kepada topik-topik berkaitan penyebaran
propaganda, pendapat publik dan periklanan. Walaupun banyak kajian berkaitan dengan
komunikasi yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik daripada pelbagai bidang
sains sosial yang lain ebelum Perang Dunia Kedua lagi, namun hanya selepas
Perang Dunia Kedua, bidang komunikasi diiktiraf sebagai bidang sains sosial
yang sah yang seterusnya menjadi bidang pengajian yang penting (Saodah Wok et
al., 2004). Kita akan berbincang mengenai komunikasi dan sains sosial ini dengan
lebih lanjut lagi dalam sub topik yang seterusnya.
1.3 PERKEMBANGAN
DAN PEMBANGUNAN BIDANG KOMUNIKASI
Jika kita membaca buku-buku berkaitan dengan komunikasi, kita akan dapati terdapat pelbagai cara penerangan yang digunakan oleh para penulis dan para ilmuwan menerangkan mengenai sejarah dan pembangunan bidang komunikasi. Namun, secara umumnya mereka semua mengasaskan sejarah perkembangan dan pembangunan bidang komunikasi ini kepada negara barat dengan tumpuan khusus kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Bagi memudahkan kita memahami peringkat-peringkat perkembangan dan pembangunan tersebut, kita asaskan perbincangan bahagian ini kepada penerangan yang diberikan oleh Griffin (1997) yang membahagikan zaman perkembangan komunikasi di barat kepada tujuh era yang akan dibincangkan seterusnya (Saodah Wok et al., 2004).
1.3.1 Era Awal (1900 - 1930)
Era awal pembangunan bidang komunikasi dikenali sebagai era kebangkitan
retorik. Ia merupakan lanjutan daripada percambahan ideaidea ahli-ahli falsafah
pada zaman Greek kuno. Pada zaman Greek kuno, ahli-ahli falsafah seperti Aristotle dan Isocrates
melihat retorik sebagai
satu aspek penting dalam kehidupan awam. Aristotle mengajar masyarakat bagaimana untuk menganalisis pendengar, mencari idea untuk komunikasi, mengatur mesej secara efektif, mengembangkan bukti bagi menyokong dakwaan dan menyampaikan ucapan yang boleh mempengaruhi pendengar (Wood, 2001). Beberapa abad selepas Plato dan Aristotle mengajar dalam forum-forum Athenian, retorik menjadi bidang utama dalam pendidikan liberal di Eropah dan Amerika Syarikat. Berdasarkan pandangan Aristotle mengenai retorik sebagai sastera praktik, guru-guru retorik menyediakan panduan pragmatik kepada para pelajar yang ingin menjadi pengucap yang efektif dalam konteks publik. Dalam abad ke-19, kebanyakan
universiti ternama di Amerika Syarikat mempunyai kerusi-kerusi retorik yang kebanyakannya dipegang oleh ilmuwan-ilmuwan tersohor dan pemimpin-pemimpin awam. Antara contoh diberikan oleh Foss, Foss and Trapp (1991) ialah John Quincy Adams yang merupakan bakal presiden yang pertama memegang kerusi retorik yang dinamakan ‘Boylston Professor of Rhetoric Chair’ di Harvard University (Wood, 2001). Sekitar 1800-an dan awal 1900-an, retorik diajar sebagai sastera praktik yang menyediakan masyarakat ke arah partisipasi bertanggungjawab dalam kehidupan awam (Wood, 2001). Memandangkan penekanan yang
lebih diberikan kepada pengajaran pada ketika itu, tidak hairanlah mengapa organisasi profesional nasional di Amerika Syarikat yang pertama ditubuhkan pada 1914 dinamakan sebagai Persatuan Nasional Guru-Guru Pengucapan Awam. Pada peringkat awal ini, guru-guru yang mengajar pengucapan awam menekankan pengajaran mereka kepada persembahan lisan dan berada di bawah Jabatan Bahasa Inggeris. Namun setelah pengucapan awam mula mendapat perhatian, pada 1935 didapati lebih 200 universiti dan kolej di Amerika Syarikat menyenaraikan Jabatan Pengucapan secara berasingan daripada Jabatan Bahasa Inggeris (Saodah Wok et al., 2004).
satu aspek penting dalam kehidupan awam. Aristotle mengajar masyarakat bagaimana untuk menganalisis pendengar, mencari idea untuk komunikasi, mengatur mesej secara efektif, mengembangkan bukti bagi menyokong dakwaan dan menyampaikan ucapan yang boleh mempengaruhi pendengar (Wood, 2001). Beberapa abad selepas Plato dan Aristotle mengajar dalam forum-forum Athenian, retorik menjadi bidang utama dalam pendidikan liberal di Eropah dan Amerika Syarikat. Berdasarkan pandangan Aristotle mengenai retorik sebagai sastera praktik, guru-guru retorik menyediakan panduan pragmatik kepada para pelajar yang ingin menjadi pengucap yang efektif dalam konteks publik. Dalam abad ke-19, kebanyakan
universiti ternama di Amerika Syarikat mempunyai kerusi-kerusi retorik yang kebanyakannya dipegang oleh ilmuwan-ilmuwan tersohor dan pemimpin-pemimpin awam. Antara contoh diberikan oleh Foss, Foss and Trapp (1991) ialah John Quincy Adams yang merupakan bakal presiden yang pertama memegang kerusi retorik yang dinamakan ‘Boylston Professor of Rhetoric Chair’ di Harvard University (Wood, 2001). Sekitar 1800-an dan awal 1900-an, retorik diajar sebagai sastera praktik yang menyediakan masyarakat ke arah partisipasi bertanggungjawab dalam kehidupan awam (Wood, 2001). Memandangkan penekanan yang
lebih diberikan kepada pengajaran pada ketika itu, tidak hairanlah mengapa organisasi profesional nasional di Amerika Syarikat yang pertama ditubuhkan pada 1914 dinamakan sebagai Persatuan Nasional Guru-Guru Pengucapan Awam. Pada peringkat awal ini, guru-guru yang mengajar pengucapan awam menekankan pengajaran mereka kepada persembahan lisan dan berada di bawah Jabatan Bahasa Inggeris. Namun setelah pengucapan awam mula mendapat perhatian, pada 1935 didapati lebih 200 universiti dan kolej di Amerika Syarikat menyenaraikan Jabatan Pengucapan secara berasingan daripada Jabatan Bahasa Inggeris (Saodah Wok et al., 2004).
Dari segi kursus yang ditawarkan di peringkat ini, kebanyakannya
lebih memberikan panduan praktik dalam mempengaruhi penerima melalui hebahan
awam, interpretasi lisan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Sementara
guru-guru menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan.
Plato, Aristotle, Cicero, dan Quantilian menjadi sumber bahan pengajian dalam
hebahan awam ketika itu (Saodah Wok et al., 2004).
Kegiatan pada waktu itu pula bertumpu kepada kritik retorik, iaitu
ucapan dilihat sebagai komunikasi kepada penerima yang khusus, dan fokus utama
diberikan kepada analisis dan apresiasi kaedah yang digunakan oleh perucap
untuk menyampaikan idea kepada para pendengar (Saodah Wok et al., 2004).
1.3.2 Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930 – 1960)
Selepas dua perang dunia, para profesional dalam bidang komunikasi
yang hanya memfokuskan kepada pengucapan awam sebelum ini mula berminat dengan
isu-isu sosial. Ahli-ahli dalam disiplin ini merasa amat perlu untuk memahami
hubungan antara komunikasi dan kebangkitan kuasa Hitler, perkembangan sikap
prejudis terhadap kumpulan-kumpulan sosial, kesediaan untuk mengikuti pemimpin
autoritarian, kesan-kesan propaganda, dan perubahan sikap dan Kepercayaan
(Wood, 2001).
Perkembangan luas bidang ini menerangkan sebab Persatuan Nasional Guru-Guru
Pengucapan Awam menukar namanya kepada Persatuan Pengucapan Amerika. Kemunculan
kajian-kajian yang banyak bertumpu kepada isu-isu berkaitan dengan kesan media
turut menjadikan era kedua ini lebih dikenali sebagai era kesan media. Griffin
(1997) merujuk peringkat ini sebagai era kebangkitan empat orang sarjana yang
digelar ‘Bapa Penyelidikan Komunikasi’. Menurut Schramm (1963), empat orang sarjana
tersebut mengambil pendekatan sains perlakuan (behavioral science approach)
untuk mengkaji kesan mesej pembujukan
terhadap audiens yang ramai dan mereka terdiri daripada Harold Lasswell, Kurt
Lewin, Paul Lazarsfeld dan Karl Hovland (Saodah Wok et al., 2004).
Harold Lasswell merupakan ahli sains politik
yang membuat analisis propaganda Nazi untuk mengenal pasti kesan kuat terhadap
mereka yang mendengar. Beliau berpandangan bahawa untuk mendapatkan pemahaman yang sepatutnya mengenai sistem
komunikasi massa, beliau menekankan soalan ini dalam proses komunikasi iaitu:
“Siapa Mengatakan Apa – Dalam Saluran Mana – Kepada Siapa – Dengan Kesan Apa?”.
Kurt Lewin pula merupakan ahli psikologi sosial yang yang tidak dapat menerima kepimpinan autoritarian. Beliau banyak mengkaji prejudis dan bagaimana kumpulan mempengaruhi individu lain dalam kumpulan. Konsep ‘gatekeeping’ untuk pemilihan berita kepada umum turut dibicarakan.
Paul Lazarsfeld yang menjalankan projek penyelidikan
radio merupakan pakar sosiologi yang turut dianggap sebagai perintis kajian
tinjauan dan teknik kumpulan sasaran (focus-group) yang digunakan bagi
melihat impak penyiaran terhadap emosi. Beliau juga merupakan orang yang
bertanggungjawab menubuhkan Biro penyelidikan
Sosial Gunaan (Bureau of Applied Social Research) di Universiti Columbia
bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan dan sektor perniagaan.
Karl Hovland pula adalah ahli penyelidik psikologi yang
menjurus kajian kepada perubahan sikap. Beliau menguji kesan pembujukan
terhadap kredibiliti sumber dan juga susunan hujah dalam mesej. Selepas menjalankan
kajian propaganda selepas Perang Dunia Kedua, beliau menubuhkan pusat
penyelidikan yang besar di Yale University (Baran & Davis, 1995).
Apabila kebanyakan yang dianggap sebagai bapa penyelidikan komunikasi
ini telah bersara, meninggal dunia atau meninggalkan bidang penyelidikan
komunikasi, Bernard Berelson (1959), seorang yang bekerja rapat dengan Paul
Lazarsfeld menyatakan pandangan beliau yang bidang penyelidikan komunikasi
dilihat semakin malap (Baran & Davis, 1995).
Namun, Schramm yang melihat keadaan tersebut telah mengambil langkah
awal dengan membentuk disiplin komunikasi bagi menyokong bidang sains sosial
yang terdiri daripada psikologi, sosiologi, sains politik, ekonomi dan
antropologi yang telah wujud ketika itu. Wilbur Schramm merupakan ilmuwan
kesusasteraan Inggeris yang terlatih. Beliau mendapat pendidikan sarjana dari
Harvard University dan Doktor Falsafah dalam bidang bahasa Inggeris dari
University of Iowa, tetapi apabila beliau memulakan kerjaya beliau di Iowa
sekitar 1930-an, beliau tidak dapat lari daripada menyertai bidang sains sosial
kerana waktu itu
merupakan waktu kebangkitan sains sosial empirik (Baran & Davis, 1995). Justeru itu, Schramm bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain daripada bidang pendidikan dan psikologi di samping membantu Jabatan Bahasa Inggeris menganjurkan Bengkel Penulis-Penulis Iowa. Schramm merupakan seorang yang telah banyak berjasa kepada perkembangan bidang komunikasi. Beliau bertanggungjawab menubuhkan program Ijazah Kedoktoran (PhD.) dalam bidang komunikasi massa yang pertama di University of Iowa (Saodah Wok et al., 2004). Beliau juga turut menubuhkan Institut Penyelidikan Komunikasi yang penting di Illinois, Stanford dan di East-West Center di Hawaii yang banyak membantu meningkatkan taraf pengajian komunikasi. Schramm seterusnya dianggap sebagai bapa komunikasi, iaitu pengasas bidang komunikasi yang tulen kerana asas pendidikan beliau adalah dalam bidang kewartawanan.
merupakan waktu kebangkitan sains sosial empirik (Baran & Davis, 1995). Justeru itu, Schramm bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain daripada bidang pendidikan dan psikologi di samping membantu Jabatan Bahasa Inggeris menganjurkan Bengkel Penulis-Penulis Iowa. Schramm merupakan seorang yang telah banyak berjasa kepada perkembangan bidang komunikasi. Beliau bertanggungjawab menubuhkan program Ijazah Kedoktoran (PhD.) dalam bidang komunikasi massa yang pertama di University of Iowa (Saodah Wok et al., 2004). Beliau juga turut menubuhkan Institut Penyelidikan Komunikasi yang penting di Illinois, Stanford dan di East-West Center di Hawaii yang banyak membantu meningkatkan taraf pengajian komunikasi. Schramm seterusnya dianggap sebagai bapa komunikasi, iaitu pengasas bidang komunikasi yang tulen kerana asas pendidikan beliau adalah dalam bidang kewartawanan.
1.3.3 Era Revolusi (1950 – 1970)
Era ketiga dirujuk kepada teori dalam tabung uji yang menekankan
kajian saintifik dan empirik yang memberi kesan kepada hampir semua bidang sains
sosial dan kemanusiaan. Ia muncul pada pertengahan abad ke-20. Pembentukan
Persatuan Komunikasi Antarabangsa (ICA) pada 1950menandakan satu kemajuan
kajian saintifik dalam bidang komunikasi. Walaupun Persatuan Pengucapan Amerika
memasuki bidang kemanusiaan, ICA bersekutu dengan tradisi saintifik. Tradisi
ini telah menarik ramai pengkaji komunikasi mengutamakan bentuk kajian kuantitatif
bagi mempelajari sesuatu isu itu dengan lebih jelas. Contoh isu-isu yang
menarik kajian seperti faktor-faktor yang mempengaruhi kredibiliti seorang
penceramah, kesan-kesan mengikuti model-model rasional pembuat keputusan,
maklum balas ahli kumpulan kepada gaya kepimpinan yang berbeza dan kesan
pelbagai jenis bukti terhadap pembujukan (Wood, 2001).
1.3.4 Era Pergolakan 60-an (1960 – 1970)
Tahun 1960-an dan 1970-an melihat motif baru dalam perkembangan komunikasi
yang sering dirujuk sebagai asas pelancaran komunikasi interpersonal. Di
Amerika Syarikat, ia merupakan satu masa perubahan besar sosial dan politik
yang dikatakan tidak pernah berlaku sebelum ini. Pergerakan hak-hak asasi dan
pergerakan wanita telah mengubah paten hubungan peribadi dan sosial. Dalam
waktu yang sama, pertembungan budaya berlaku dengan mendadak dan membawa
bersama idea-idea baru mengenai
bagaimana manusia perlu berinteraksi dan apa yang sebenarnya penting di dalam kehidupan (Wood, 2001).
Bagi mencari penjelasan kepada isu-isu yang terkini, disiplin komunikasi telah meluaskan minatnya untuk melibatkan komunikasi interpersonal. Walaupun pada peringkat permulaan kursus pengenalan komunikasi merupakan pengucapan awam, ia bertukar kepada komunikasi interpersonal di kebanyakan kolej dan universiti di sekitar tahun 1960-an dan 1970-an (Wood, 2001).
Kursus-kursus lain yang diperkenalkan dan turut mendapat sambutan baik daripada pelajar-pelajar adalah seperti kursus gelagat bukan lisan, komunikasi keluarga dan interaksi dalam hubungan intim. Penekanan interpersonal turut memberi kesan kepada kursus-kursus komunikasi
kumpulan yang menambah perhatian kepada latihan dan hubungan manusia terhadap kandungan tradisi berkenaan pembuat putusan rasional (Wood, 2001; Saodah Wok et al., 2004). Kedua-dua perspektif kemanusiaan dan saintifik berkenaan komunikasi terus membentuk penyelidikan dan pengajaran dalam era ini.
1.3.5 Era Retorik Baru (1965 – 1980)
Pada akhir 1970-an sehingga 1990-an, minat dalam isu-isu social membentuk
kembali semua bidang komunikasi termasuklah retorik yang mula meluaskan
kajiannya melewati kajian pengucap secara individu. Para ilmuwan retorik mula
mengkaji pergerakan sosial seperti pergerakan kuasa orang kulit hitam dan
pergerakan anti perang Vietnam. Mereka bukan hanya mengkaji pengucapan awam
yang merupakan sebahagian daripada pergerakan tersebut, malah mereka turut
menganalisis bagaimana taktik-taktik paksaan igunakan, bagaimana strategi
simbolik untuk menerangkan isu-isu berjaya dilaksanakan, dan bagaimana pergerakan
sosial mencabar dan merubah amalan dan nilai budaya yang telah diterima pakai
umum (Wood, 2001).
Contohnya, Edwin Black (1965) yang mengutarakan cara baru menganalisis ucapan. Antara lain, kemunculan artikel-artikel seperti ‘The Rhetoric of Black Power’ oleh Burgess (1968) dan ‘The Rhetoric of Confrontation’, oleh Scott and Smith (1969). Mereka berpendapat ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan secara rapi ataupun hujah-hujah yang diterima akal. Seterusnya, para sarjana menerima hakikat hasutan sosial (social agitation) dan komunikasi bukan verbal memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej (Saodah Wok et al., 2004).
Para pengkaji daripada bidang lain berkongsi minat mereka dalam perspektif
kritikal yang memberi fokus kepada cara-cara, iaitu komunikasi membentuk dan
dibentuk oleh konteks sejarah, sosial dan politik di mana ia berlaku. Oleh yang
demikian, fakulti komunikasi interpersonal mengendalikan penyelidikan dan
mengajar mengenai bagaimana teknologi baru memberi kesan kepada hubungan
personal melalui pertemuan atas talian (online dating), bagaimana
kejadian seperti ‘Million Man March’ dan pergerakan seperti pergerakan feminis mempengaruhi
komunikasi setiap individu wanita dan lelaki, dan bagaimana trend-trend
nasional ekonomi seperti pengecilan saiz danpenggunaan sumber luaran memberi
kesan kepada pekerja dalam konteks pekerjaan dan kehidupan personal mereka
(Wood, 2001).
1.3.6 Era Pencarian Model Sejagat (1970 – 1980)
Menurut Saodah Wok et al. (2004) saintis komunikasi adalah
berbeza dengan sarjana retorik kerana mereka cuba membuat penyatuan tetapi sarjana
retorik cuba membuat kepelbagaian. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana walaupun
melepasi satu dekad penyelidikan empirik dijalankan, masih tiada hasil yang
betul-betul boleh dibanggakan disebabkan kekurangan teori besar yang dapat
digunakan bagi memfokuskan semua usaha penyelidikan dalam bidang komunikasi. Mereka
seterusnya memandang para penyelidik komunikasi sebagai terasing kerana kajian
bertumpu kepada pemboleh ubah yang terpisah tetapi penting dalam proses
komunikasi. Mereka membawa bidang pidato sebagai contoh, iaitu penyelidik cuba
melihat sebab berlaku kekhuatiran berucap. Kajian penyelidik kumpulan dinamik
memberikan tumpuan untuk menguji ciri-ciri dan gaya kepimpinan tetapi
penyelidik komunikasi massa memberi tumpuan kepada kesan keganasan program televisyen.
Manakala penyelidik bidang pembujukan cuba mendapatkan jawapan kepada persoalan
berkenaan faktor kredibiliti sumber. Dari sudut antara perseorangan pula
melibatkan pendedahan kendiri, harga diri, komunikasi bukan lisan dan cara
mengatasi konflik.
Berdasarkan pendapat Kuhn (1970) yang mengatakan sains yang matang perlu model atau paradigma yang sejagat, ahli sains sosial dalam bidang komunikasi dilihat belum mencapai tahap tersebut (Saodah Wok et al., 2004). Oleh kerana itulah kebanyakan buku yang dihasilkan di sekitar 1970-an berkisar tentang gambaran proses komunikasi disebabkan oleh usaha-usaha yang dilakukan oleh para penyelidik komunikasi bagi mencari satu model komunikasi yang boleh diterima umum sebagai menggambarkan proses komunikasi.
1.3.7 Era Pergolakan Bidang Komunikasi (1980 – Kini)
Istilah pergolakan yang digunakan oleh Griffin bagi era ini menggambarkan
percubaan untuk melihat percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang
berlaku dalam bidang komunikasi semasa (Saodah Wok et al., 2004). Seiring
dengan perkembangan pesat ekonomi dan politik dunia serta teknologi komunikasi
maklumat pada era ini, bidang komunikasi juga turut berkembang daripada fokus
kepada bidang interpersonal dan komunikasi massa kepada percambahan pelbagai
bidang lain. Antaranya ialah bidang komunikasi organisasi, perhubungan awam,
periklanan, komunikasi pembangunan, pengurusan konflik, kemahiran kepimpinan, komunikasi
antarabudaya dan komunikasi pembujukan. Bidang ini terus ditawarkan di
universiti-universiti berkaitan dan mendapat perhatian ramai pelajar disebabkan
oleh keperluan semasa yang relevan dengan kehendak sektor-sektor pekerjaan dan
arus globalisasi.
RUMUSAN
Daripada perbincangan kita dalam topik ini, dapatlah dikatakan bahawa perkembangan bidang komunikasi ini adalah seiring dengan kemajuan bidang teknologi, media dan komunikasi, serta perkembangan politik dan ekonomi sesebuah negara. Sebagai satu bidang sains sosial, kemajuan bidang komunikasi seperti yang dicapai sekarang turut disumbangkan oleh ahli-ahli bidang sains sosial yang lain. Selain itu, seperti yang dinyatakan oleh Saodah Wok et al. (2004), perkembangan bidang komunikasi di Malaysia amat dipengaruhi oleh kejadian di barat kerana pengasas bidang ini mendapat pendidikan dan latihan di barat, namun mereka menyesuaikannya dengan nilai dan budaya masyarakat timur.
Daripada perbincangan kita dalam topik ini, dapatlah dikatakan bahawa perkembangan bidang komunikasi ini adalah seiring dengan kemajuan bidang teknologi, media dan komunikasi, serta perkembangan politik dan ekonomi sesebuah negara. Sebagai satu bidang sains sosial, kemajuan bidang komunikasi seperti yang dicapai sekarang turut disumbangkan oleh ahli-ahli bidang sains sosial yang lain. Selain itu, seperti yang dinyatakan oleh Saodah Wok et al. (2004), perkembangan bidang komunikasi di Malaysia amat dipengaruhi oleh kejadian di barat kerana pengasas bidang ini mendapat pendidikan dan latihan di barat, namun mereka menyesuaikannya dengan nilai dan budaya masyarakat timur.
BIBLIOGRAFI
i.
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2000). Kemahiran sosial asas.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
ii.
Adler, R.B., & Rodman, G. (1991). Understanding human
communication. New York: The Dryden Press, Saunders College Publishing.
iii.
Adler, R.B., & Elmhorst, J.M. (2002). Communicating at
work: Principles and practices for business and the professions. New York:
McGrawHill.
iv.
Ahmat Adam. (1992). Sejarah dan bibliografi akhbar dan majalah
Melayu abad kesembilan belas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
v.
Bovee, C.L. et al. (1995). Advertising exellence.
New York: McGraw Hill.
vi.
Burke, A. (1999). Communication and development: A practical
guide. London: Department for International Development.
vii.
Carter, R. (1973). Communication as behavior. Kertas kerja di
Annual Meeting of the Asociation for Education
in Journalism. Colorado. Christians, C., Fackler, M., & Rotzoll, K. (1987).
Media ethics. New York: Longman.
viii.
Hashim Fauzi Yaacob. (2001). Komunikasi antara manusia.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
ix.
Haslina Abu Hassan, Hajar Nordin, & Wan Zah Wan Ali. (2000). Pendidikan
jarak jauh melalui World Wide Web dan peranannya dalam membentuk masyarakat
sejagat yang berilmu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar
Memasyarakatkan ICT, Serdang.
x.
Muhd Mansur Abdullah. (1998). Komunikasi dalam pengurusan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
xi.
Musa Abu Hassan. (2002). Peranan dan penggunaan ICT di kalangan
masyarakat. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
xii.
Samsuddin, A. Rahim. (1993). Komunikasi asas. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
xiii.
Saodah Wok, Narimah Ismail, & Mohd Yusof Hussain. (2003). Teori-teori
komunikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
xiv.
Zulkifli Yusof. (2000). Sukarkah komunikasi anda? Seni
berhubung dengan orang lain. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributions.
Do you realize there's a 12 word phrase you can tell your partner... that will trigger deep feelings of love and instinctual attractiveness for you deep inside his chest?
ReplyDeleteThat's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, cherish and care for you with his entire heart...
=====> 12 Words Will Trigger A Man's Desire Impulse
This instinct is so hardwired into a man's genetics that it will drive him to work harder than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.
In fact, fueling this powerful instinct is absolutely important to getting the best ever relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...
...You'll instantly notice him open his mind and soul to you in a way he never expressed before and he'll perceive you as the only woman in the world who has ever truly attracted him.