Saturday, 2 July 2016

BIARKAN KU TERUS BEGINI

Apa rasa kau

Apa rasa kau
bila marah reda
keadaan yang tidak kuingini
semasa gelora
andainya badai berhenti
kini sedang berlaku
dan aku suka
Apa rasa kau jalinan yang inginku putuskan semasa merosot kini dalam simpulan kejab setelah lurus dan aku suka Apa rasa kau sumpah marahku dalam tekat kulanggari dan aku suka Bandar Darul Aman 31Januari, 97.

  
Aku di sini
dipandang sebelah mata
disapa sekadar

Rasanya mahu aku membuka mulut
memamir taring bisaku
yang mampu mencacak segala impian
juga meruntuh segalanya
atau biasakan saja mereka melihat di waktu tawaku
di masa kuapku
bila…!

Di atas
mereka tertawa sekumpul
entah saham mana yang melunjak
atau comedy story di golf club
aku nampak bayangan sampah di bola mata mereka
arcaku?…

Denganku
mereka menangguh senyum
usah beraksi sengeh
tangan menjadi berat

Kita tidak sebaris
aku hanya di anak tangga
mereka lahir di atas tangga.



  
Di suatu sudut
tajam matanya
peka segalanya, hampir…

mengawasi segala
siapa yang melewati masa
siapa yang digoda waktu
siapa yang mengundang mimpi
siapa yang berjanji api

pena yang sentiasa di asah pada kertas
seolah menanggung satu tugas maha sibuk
melayani kepekaannya
yang ada satu sumpah
buta pada diri

dia peka segala, hampir…
sayangnya tiada siapa
mahupun dinding atau cermin, 
yang rela memantun kembali dirinya
lalu terus buta

dia peka segalanya, hampir…
sayangnya..! buta pada diri.


Aloq Staq.
Bandar Darul Aman.
09.08.96



  
Taman dunia
di sisinya punya tombokan
yang mengacau perasaan
mengocak minda
mengajak mengelamun lemas
mengasah rindu

Taman dunia
katanya ada syurga
padanya penuh anganan
cerita indah
riwayat agong
yang tak akan puas untuk sekalinya
mengorek mimpi

Taman dunia
adalah pandangan indah
semaian subuh
menyembunyi seribu leka
rebutan dunia
Taman dunia punca dentuman segala isi hati

No comments:

Post a Comment