1.1 PENGENALAN
Subsidi
merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan harga
bagi beberapa barangan dan perkhidmatan berpatutan untuk membantu rakyat
Malaysia yang memerlukan barangan dan perkhidmatan berkenaan. Pengurangan
subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan
rasionalisasi berkala yang lebih besar. Untuk masa akan datang, tambahan dan
perubahan yang sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini. Jika
subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa
masalah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga
Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu),
mengumumkan bahawa kerajaan tidak mampu lagi menampung kadar subsidi seperti
yang ada sekarang. Malah negara akan muflis/bankrap dalam masa lima tahun kalau
kadar perbelanjaan negara tidak dikurangkan.
Beliau
juga membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis
kewangan yang teruk dan hampir muflis.
SITI HAJAR AINI BINTI MAT REJABSalah satu cara menjimatkan perbelanjaan
adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi. Subsidi, tak
kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak
dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya
adalah untuk kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Tugasan ini akan membicarakan secara ringkas kesan subsidi terhadap negara dan
penduduk.
1.2 KEPERLUAN
MENGURANGKAN SUBSIDI NEGARA
Inflasi
di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan
mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan
subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh
Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga
peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan
meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian
subsidi kerajaan. Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas
yang mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital
awam dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah
mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia
sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.
Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia
dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi
sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan
sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan
inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada
sekitar tiga peratus selepas 2013 (Siti, 2011). Langkah ini sebahagian
pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 rasionalisasi
subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan
Rancangan Malaysia ke-10.
Dengan
melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri akan
“memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan memastikan
penggunaan sumber yang optimum,” Malaysia
sudah mengambil langkah konkrit
terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini.
Dato’ Haji Mat Rejab bin Kassim
|
SITI HAJAR AINI BINTI MAT REJABIni adalah langkah bersama yang
diputuskan kerajaan dan rakyat langkah ini dipersetujui Kabinet
sebulat suara, tetapi ia tidak dilakukan kerajaan secara bersendirian. Melalui
proses Makmal dan Hari Terbuka, ribuan rakyat Malaysia memberikan input
terhadap keputusan ini, selepas mereka mengikuti lain-lain inisiatif, termasuk
Program Transformasi Kerajaan dan sekarang Bidang Keberhasilan Utama yang mana
makmal sedang berlangsung (1Klik, 2010).
2.1 PERMASALAHAN
DAN OBJEKTIF KAJIAN
2.1.1 Kebaikan Subsidi Dalam Memajukan Ekonomi
Negara
Orang
yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu
dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi. Ambil contoh subsidi baja.
Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak
kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang. Subsidi
menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja
duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti membuat keuntungan kerana barang
yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah
daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit
RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi. Ia menjana
pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan
mengurangkan inflasi.
2.1.2 Kesan Negatif Penarikan Subsidi Dalam Ekonomi
Negara
Golongan
berpendapatan rendah menghadapi masalah kemiskinan. Jika subsidi baja dan
subsidi harga padi ditarik balik, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam
kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum. Subsidi adalah sebahagian
daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan SITI HAJAR AINI BINTI MAT REJABmelalui peningkatan daya pengeluaran, menambah
kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi ditarik balik,
kos makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat. Golongan
berpendapatan rendah akan menghadapi masalah kewangan.
Pengurangan
subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan
jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga
bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian
pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka
akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering). Api
inflasi akan menyemarakkan. Jika di luar kawalan, ekonomi Negara
juga akan lumpuh.
2.2 Objektif
Kajian
Objektif
utama kajian ini untuk memperlihatkan keperluan sistem subsidi kepada rakyat
negara dan kesan yang akan mempengaruhinya. Apa yang pasti melalui subsidi ini
akan wujud kesan baik dan buruk yang perlu diberi perhatian khusus supaya ia
tidak mengganggu kestabilan politik dan ekonomi negara. Antara objektif kajian
ini ialah:
i.
Melihat
keperluan subsidi ini kepada pembangunan negara.
ii.
Pengurangan
subsidi sektor mana yang perlu diberi perhatian utama.
iii.
Apakah
masalah ekonomi negara yang menyebabkan perlunya pengurangan subsidi ini.
3.1 SOROTAN
LAMPAU
Ashauer
(1989), Easterly dan Rebelo (1993), Baxter dan King (1993) serta Bose, Haque
dan Osborn (2007) yang mengesahkan bahawa peruntukan perbelanjaan atau pelaburan
kerajaan ke atas infrastruktur akan menambahkan pembentukan modal awam yang
mampu mempengaruhi produktiviti faktor dan output sektor swasta. Lanjutan
kepada kajian-kajian tersebut, Shelton (2007) serta Folster dan Henrekson
(2001) juga mendapati bahawa Walaupun keluaran negara meningkat, namun akibat
daripada komposisi golongan tua dalam masyarakat juga bertambah, maka berlaku
peningkatan perbelanjaan awam bagi golongan ini terutama sekali belanja
sekuriti sosial. Easterly dan Levine (1997) pula membuktikan wujud korelasi
negatif antara pecahan etnik di Afrika dengan penentuan perbelanjaan awam
disebabkan tiada kata SITI HAJAR AINI BINTI MAT REJABsepakat yang dicapai akibat daripada set cita rasa dan
keutamaan yang berbeza antara etnik. Walaupun begitu, mengikut Al-Faris (2002),
keputusan ujian sebab-penyebab mengikut versi Granger bagi kebanyakan negara
lebih menerima Hukum Wagner memandangkan nisbah yang tinggi diperuntukkan ke
atas perbelanjaan awam yang dianggap kurang produktif seperti pertahanan dan
subsidi.
Kadar
inflasi Malaysia pada tahun 2012 berada pada kadar 3.3%, berdasarkan laporan
Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62
peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Data ini
yang dikeluarkan
di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom
mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi
sedang meningkat, Inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam
beberapa bulan akan datang. Kini penganalisis mempersoalkan sama ada Bank of
England sudah kehilangan kredibiliti.
Pakar
ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada
Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat
terhadap inflasi. Dalam hal ini kadar inflasi di Malaysia dijangka berada pada
kadar 2.5% hingga 3% peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh
kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas
sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah
rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian
(Pemandu). Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah
menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa (Siti
Rizadiana, 2011).
Harga
minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada Disember
dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi
meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga
komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh
meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga
sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.
SITI HAJAR AINI BINTI MAT REJAB
Namun,
ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011.
Inflasi
di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan
mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan
subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh
Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga
peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini (Siti Rizadiana, 2011).
Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung
kepada pemberian subsidi kerajaan. Ini menunjukkan kecenderungan kerajaan
melaksanakan belanjawan berhemat dengan menetapkan peruntukan belanja
pembangunan terlebih dahulu dan diikuti pengagihan belanja mengurus. Langkah
ini juga dilihat mampu menjimatkan jumlah belanja mengurus semasa memandangkan
jumlah belanja mengurus akan hanya diketahui setelah projek pembangunan
dirancang dengan lebih teliti terutama sekali daripada aspek peruntukan kos
dengan mengambil kira pergerakan tingkat harga semasa.
3.2 Hipotesis
Kajian
Kerajaan
telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan
asas bagi tahun 2010. Jumlah ini dijangka akan mencecah RM 20.6 bilion pada
tahun 2011. Subsidi RM 10.32 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi
mengurangkan harga barangan keperluan asas. Melalui pendekatan subsidi,
kerajaan menanggung sebahagian kos harga barangan keperluan supaya harga
barangan tersebut dalam pasaran tempatan dikurangkan agar golongan pendapatan
rendah. Rasional pengurangan bajet subsidi bagi keperluan berikut adalah:
i.
Apakah
benar kerajaan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk subsidi?
ii.
Adakah
benar dakwaan harga barang kian naik kerana kerajaan tidak cekap?
iii.
Apakah
impak pendekatan pemberian subsidi kepada pertumbuhan ekonomi negara?
4.1 METODOLOGI
KAJIAN
Untuk
mengkaji keperluan atau perbelanjaan kerajaan yang telah dikeluarkan untuk
subsidi. Kajian akan menilai perbelanjaan yang telah dikeluarkan bermula dari
tahun 2011 hingga tahun Oktober 2013 dan rasional perlunya ada pengurangan
subsidi kerajaan terhadap perkara-perkara tertentu berdasarkan persekitaran
semasa yang kita ketahui permasalahannya. Perbandingan peratusan tersebut juga
melihat kemampuan ekonomi negara mengapa perlunya ada pengurangan subsidi
terhadap barangan tersebut. Perbandingan tersebut juga melihat jumlah
pendapatan negara secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus dan jumlah
perbelanjaan subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menampung kos-kos
tertentu dalam subsidi. Selain itu menilai keperluan rakyat yang terpaksa
ditanggung akibat dari pengurangan subsidi kerajaan, terutama
kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Motivasi untuk
melakukan penganggaran terhadap impak belanja awam terhadap output atau
pendapatan negara ini lahir daripada dua kajian utama terdahulu. Pertama, Barro
(1988) merupakan pengkaji terawal yang telah melakukan modifikasi terhadap
model pertumbuhan endogenous mudah dengan memasukkan peranan sektor
kerajaan menerusi perbelanjaan awam ke dalam fungsi pengeluaran seperti
berikut:
y = f (k, g) = Ak1-α
gα (1)
yang mana y adalah
output per buruh, k adalah modal per buruh, A>0 adalah keluaran sut modal
yang konstan, g adalah jumlah belanja awam per kapita dan 0<α<1. Kedua,
ahli ekonomi Keynesian yang dipelopori oleh Keynes (1936) telah memasukkan
belanja awam sebagai salah satu komponen pengiraan pendapatan negara mengikut
kaedah perbelanjaan seperti berikut:
Y = C + I + G +
(X-M) (2)
yang mana Y adalah
pendapatan negara, C adalah penggunaan isirumah, I adalah pelaburan firma, G
adalah belanja awam, X adalah eksport dan M pula adalah import.
Memandangkan Barro
tidak mengklasifikasikan belanja awam kepada belanja produktif dan tidak
produktif, lantas ia memberi inisiatif kepada kajian ini untuk hanya melihat
kesan perubahan belanja subsidi terhadap output negara. Tetapi, perlu
ditegaskan di sini bahawa Keynesian tidak memasukkan belanja subsidi sebagai
salah satu komponen belanja awam dalam pengiraan pendapatan negara pada harga
pasar dengan alasan subsidi tidak menyumbang secara langsung terhadap proses
pengeluaran barangan. Namun, pengiraan terhadap pendapatan negara pada kos
faktor (yang merupakan pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan)
menuntut agar belanja subsidi turut diambilkira, lantas ia turut mewujudkan
semangat inkuiri bagi kajian ini untuk mengukur kesan perubahan belanja subsidi
tersebut terhadap output negara. Justeru, berpandukan kepada persamaan (1) dan
(2), maka hubungan di antara belanja subsidi dengan output negara dapat
dinyatakan seperti persamaan berikut:
Yt = ρ0 + ρ 1G
+ ut (3)
Yt = φ0 + φ1S
+ φ2NS + ut (4)
Yt = ψ0 + ψ1SI
+ ψ2SC + ψ3NS + ut (5)
Berpandukan persamaan
(3), (4) dan (5), maka kajian ini menggunakan data tahunan makroekonomi
Malaysia iaitu keluaran dalam negeri kasar (Y), jumlah belanja awam (G), jumlah
belanja subsidi (S), jumlah belanja bukan subsidi (NS), subsidi input (SI) dan
subsidi bagi Jurnal Kemanusiaan Bil.20 ISSN: 1675-1930 ©Universiti Teknologi
Malaysia Jurnal Kemanusiaan Bil.20 6 pengguna
akhir (SC). Secara tidak langsung, kajian ini mengambilkira data kategori
jumlah Untuk
mengkaji keperluan atau perbelanjaan kerajaan yang telah dikeluarkan untuk
subsidi. Kajian akan menilai perbelanjaan yang telah dikeluarkan bermula dari
tahun 2011 hingga tahun Oktober 2013 dan rasional perlunya ada pengurangan
subsidi kerajaan terhadap perkara-perkara tertentu berdasarkan persekitaran
semasa yang kita ketahui permasalahannya. Perbandingan peratusan tersebut juga
melihat kemampuan ekonomi negara mengapa perlunya ada pengurangan subsidi
terhadap barangan tersebut. Perbandingan tersebut juga melihat jumlah
pendapatan negara secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus dan jumlah
perbelanjaan subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menampung kos-kos
tertentu dalam subsidi. Selain itu menilai keperluan rakyat yang terpaksa
ditanggung akibat dari pengurangan subsidi kerajaan,
(total) dan komponen bagi perbelanjaan subsidi. Namun, kajian ini hanya
mengaplikasi data KDNK pada harga pasaran memandangkan nilai KDNK bagi
kedua-dua pendekatan perbelanjaan dan pendapatan seharusnya sama selepas
mengambilkira pelarasan statistik disebabkan pendapatan yang digunakan oleh
input pengeluaran diandaikan akan dibelanjakan semula ke dalam pasaran. Dalam
masa yang sama, data siri masa Y, G, S dan NS hanya meliputi 36 tahun bermula
dari tahun 1974 hingga 2008, manakala pemboleh ubah SI dan SC hanya untuk
tempoh 1990 hingga 2008. Sumber data adalah daripada Kementerian Kewangan
Malaysia serta laporan kewangan tahunan Bank Negara Malaysia. Semua pemboleh
ubah tersebut juga ditranformasikan ke dalam nilai log semulajadi.
5.1 ANALISIS KAJIANUntuk
mengkaji keperluan atau perbelanjaan kerajaan yang telah dikeluarkan untuk
subsidi. Kajian akan menilai perbelanjaan yang telah dikeluarkan bermula dari
tahun 2011 hingga tahun Oktober 2013 dan rasional perlunya ada pengurangan
subsidi kerajaan terhadap perkara-perkara tertentu berdasarkan persekitaran
semasa yang kita ketahui permasalahannya. Perbandingan peratusan tersebut juga
melihat kemampuan ekonomi negara mengapa perlunya ada pengurangan subsidi
terhadap barangan tersebut. Perbandingan tersebut juga melihat jumlah
pendapatan negara secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus dan jumlah
perbelanjaan subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menampung kos-kos
tertentu dalam subsidi. Selain itu menilai keperluan rakyat yang terpaksa
ditanggung akibat dari pengurangan subsidi kerajaan,
Samada kita
masih mahu hidup dalam penafian ataupun tidak, dalam realiti pengurusan
kewangan Malaysia hari ini, pelarasan subsidi tidak dapat tidak, akan terus
berjalan untuk jangka masa 4 atau 5 tahun lagi. Rasionalisasi subsidi ataupun
pelarasan subsidi ini, dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan negara dan
meyakinkan pelabur dalam tekad kerajaan memperbaiki angka defisit dan hutang.
Merujuk Bajet 2013, kerajaan telah memperuntukkan RM37 bilion untuk subsidi.
Jika pelarasan subsidi ini berjalan dengan baik, kerajaan akan dapat
mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM37 bilion, lantas hasil lebihan pendapatan
ini dapat disalurkan kepada projek-projek pembangunan negara dan kebajikan
rakyat.
Namun, dengan
pelarasan subsidi sebegini, semestinya ini bukan dasar popular kerana rakyat
akan menanggung beban daripada kos sara hidup yang meningkat, dengan kenaikan
harga bahan api, gula, tepung dan barangan harian, ditambah pula dengan
tanggungjawab cukai yang perlu dibayar secara langsung mahupun tidak langsung.
Cukai yang
ditanggung rakyat Malaysia ada lima jenis, iaitu cukai jualan, cukai
perkhidmatan, cukai import, duti eksais dan cukai pendapatan. Kadar bagi setiap
cukai berbeza di mana cukai jualan adalah 10%, cukai perkhidmatan 6%, cukai
import (untuk kereta) 30%, duti eksais (untuk kereta) serendah 60% manakala
cukai pendapatan setinggi 26%. Merujuk Bajet 2013 yang lalu, jumlah hasil
kutipan cukai adalah RM149 bilion. Dengan lebihan pendapatan yang diperoleh
hasil daripada pelarasan subsidi, seharusnya cukai juga diselaraskan supaya
keseimbangan ini dapat membantu rakyat Malaysia mendepani bebanan kos sara
hidup yang meningkat.
Jika pelarasan
subsidi berjaya menambah pendapatan negara sebanyak RM37 bilion, seharusnya
pelarasan cukai juga perlu dilaksanakan agar beban cukai rakyat dikurangkan
sebanyak RM37 bilion juga, ini bermakna hasil kutipan cukai haruslah
dikurangkan daripada RM149 bilion kepada RM112 bilion. Soal cukai mana yang
harus dikurangkan terlebih dahulu bagi mencapai pengurangan kutipan cukai
sebanyak RM37 bilion, kita mencadangkan pengurangan kadar pada cukai import,
duti eksais, cukai tak langsung dan sebahagian cukai pendapatan dengan
penghapusan Potongan Cukai Berjadual, harus didahulukan agar beban kos
sarahidup rakyat dapat dikurangkan secara langsung dan pada masa yang sama
meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.
Hasil daripada
pelarasan cukai ini, jika diterima dalam Bajet 2014 yang telah dibentangkan
penghujung Oktober, akan meningkatkan lagi keupayaan berbelanja rakyat
sekaligus merancakkan lagi kegiatan ekonomi negara untuk tahun fiskal 2014.
Malaysia menerimapakai hujah pasaran bebas dalam pelarasan subsidi, mengapa
tidak kita menerimapakai hujah pasaran bebas dalam pelarasan cukai? Persoalan
seterusnya, jika Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan hasil tanaman dan
galian yang bernilai ratusan bilion ringgit, mempunyai butang reset dalam
pengurusan ekonomi di mana cukai boleh dilupuskan seluruhnya, mahukah kita
dicukai lagi?
6.1 OUTPUT
DAN PERBINCANGAN
Dalam
anggaran belanja negara, pemberian subsidi adalah bertujuan untuk mengawal
harga komoditi yang disubsidi, meringankan beban masyarakat untuk mendapatkan
keperluan asas, memastikan pengeluar/pengilang mampu untuk menghasilkan produk
khususnya keperluan asas masyaraka dengan harga yang berpatutan. Walaupun
begitu, subsidi pun menyebabkan peruntukan anggaran perbelanjaan yang cukup
besar dalam bajet negera. Peruntukan kewangan terhadap subsidi oleh kerajaan
dalam beberapa tahun terakhir menunjukkan amaun peningkatan yang cukup besar, dan
ianya perlu berkadar secara langsung dengan kemampuan kewangan negara .
Peruntukan bajet subsidi yang semakin meningkat tersebut selain selaras dengan
perkembangan parameter yang mempengaruhi pengiraan subsidi , juga kerana
semakin meluasnya sasaran serta jenis subsidi . Sepanjang tahun 2011 hingga
Oktober 2013, realiti anggaran perbelanjaan terhadap subsidi peningkatan pada
tahun 2011 sebanyak RM36, 256 juta kepada RM42,404 juta tahun 2011.
JADUAL
2: PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN MALAYSIA 2011-2013[1]
Walaubagaimanapun, golongan yang mendapat faedah paling banyak daripada subsidi
dalam Bajet 2013 telah mencetuskan
persoalan di samping keberkesanan sistem subsidi itu sendiri. Golongan
berpendapatan tinggi dan syarikat perniagaan telah mendapat manfaat yang paling
daripadanya, dan bukan daripada golongan miskin. Khabar angin yang bertiup
mengatakan bahawa sesetengah pengendali industri telah mengambil kesempatan
daripada kelemahan undang-undang untuk membeli kuantiti yang besar diesel dari
stesen minyak, menyebabkan kekurangan di Johor, Melaka dan Perak. Diesel dan
petrol bersubsidi diseludup. Golongan berpendapatan tinggi dengan kereta yang
besar boleh menikmati subsidi bahan api yang lebih berbanding dengan yang
miskin dengan kereta kecil. Banyak kenderaan utiliti sukan dan empat roda
memandu kereta juga menggunakan diesel.
Kerajaan akan memperuntukkan RM386
juta untuk memperkenalkan program keseragaman harga dan memastikan harga
barangan keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan dijual pada harga yang lebih
rendah melalui pembukaan 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Di samping itu, Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata dengan
kenaikan harga bahan api antarabangsa , termasuk harga arang batu dan gas asli,
penyelarasan tarif akan menjadi satu trend yang tidak dapat dielakkan pada masa
hadapan. Kerajaan memberikan banyak subsidi kepada operator loji tenaga bebas
untuk mengekalkan "tarif elektrik murah". Walau bagaimanapun, tarif
masih perlu diselaraskan akhirnya.
Orang kaya dan miskin perlu membayar
kadar tarif sama. Golongan miskin yang mungkin tidak mempunyai penghawa dingin
tetapi orang kaya mungkin telah memasang sedozen penghawa dingin. Subsidi telah
akhirnya diberikan kepada orang kaya. Dari tahun 2010 hingga Julai 2011,
kerajaan memperuntukkan RM36.7 bilion di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) untuk pelbagai subsidi dan bantuan, termasuk penubuhan KRIM , Rakyat
Menu 1 Malaysia dan Klinik 1 Malaysia. Walau bagaimanapun, manfaat ini boleh
juga dinikmati oleh golongan kaya.
Kerajaan juga memberikan subsidi
kepada syarikat-syarikat lain. Menurut laporan kewangan Proton pada 31 Mac,
2011, ia telah menerima RM175 juta insentif R & D. Adakah kerajaan membuat
kajian sama ada jenis-jenis subsidi berkenaan berkesan atau tidak, dan juga
kepada tahap manakah rakyat boleh menikmati faedahnya. Oleh kerana terdapat
banyak kelemahan dalam sistem subsidi yang sedia ada, Perdana Menteri berkata
semasa menyampaikan ucapan Bajet 2013 beliau bahawa kerajaan akan menukar
subsidi pukal ke dalam subsidi yang disasarkan.
Saya percaya bahawa kerajaan akan
melaksanakan program rasionalisasi subsidi dan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) selepas pilihan raya umum untuk mengurangkan subsidi dan meningkatkan
hasil cukai, dan menggunakan wang itu untuk membantu golongan miskin dan kurang
upaya. Kadar bantuan kumpulan-kumpulan sasaran akan ditambah untuk membantu
mereka menampung kos yang semakin meningkat hidup. Dasar gaji minimum adalah
untuk sasaran yang sama. Walau bagaimanapun, kenaikan gaji manakala harga
semakin meningkat akhirnya akan meningkatkan kos perdagangan dan perindustrian,
menyebabkan produk akhir kehilangan daya saing mereka di pasaran antarabangsa .
Selain itu, pengukuhan skim bantuan
rakyat mungkin menyebabkan negara menjadi sistem negara kebajikan ala Eropah ,
yang boleh menjadikan negara ke dalam keadaan malas. Malaysia perlu belajar
dari Hong Kong dan Singapura yang menguruskan dengan baik kewangan negara dan
kembali lebihan fiskal kepada rakyat. Satu set dasar-dasar sosial yang adil
juga penting untuk membantu golongan miskin membeli rumah dan menyelesaikan
masalah pendidikan. Sistem subsidi yang sedia ada telah gagal untuk membawa
golongan miskin keluar daripada belenggu kemiskinan manakala sumber kewangan
telah diserap oleh golongan berpendapatan tinggi. Subsidi adalah mudah
disalahgunakan dan satu mekanisme yang betul perlu dilaksanakan, bukan sekadar
mengurangkannya.
Rumusan
Secara keseluruhannya,
dapatan kajian menunjukkan tiga keputusan utama. Pertama, kewujudan hubungan
dua hala antara output negara dan belanja subsidi secara signifikan dalam
jangka pendek. Hal ini menjelaskan bahawa belanja subsidi dapat membantu usaha
pemulihan ekonomi secara semulajadi terutama sekali menerusi subsidi input
terhadap sektor yang menjadi tulang belakang ekonomi negara. Manakala bagi
jumlah subsidi tahunan yang akan diperuntukan pula, ia sememangnya bergantung
kepada pertumbuhan ekonomi negara serta kemampuan kewangan fiskal, terutama
bagi subsidi makanan dan petroleum yang amat terdedah kepada turun naik harga
di pasaran dunia. Ciri saling bergantungan ini juga akan menjadi semakin
kompleks apabila ia dikaitkan dengan persoalan sama ada ia perlu bersifat counter-cyclical
atau procyclical memandangkan peranan kumpulan berkepentingan yang
sama sekali tidak boleh diabaikan dalam pembentukan dasar fiskal sesebuah
negara.
Kedua, memandangkan
belanja subsidi dan subsidi kepada pengguna akhir mempengaruhi belanja bukan
subsidi serta wujud hubungan dua arah antara belanja bukan subsidi dengan
output dalam jangka panjang, maka seharusnya peruntukan terhadap komponen
belanja awam produktif dan tidak produktif dilakukan dengan mengambilkira aspek
kecekapan komponen belanja awam tersebut dalam merangsang pertumbuhan output,
serta menstabil kedudukan kewangan fiskal dan imbangan pembayaran secara
serentak. Perlu ditegaskan di sini bahawa kerajaan tidak semestinya perlu
menambah jumlah belanja awam, tetapi peruntukan terhadap komponen belanja awam
yang harus sentiasa dikaji dan diubah selaras dengan keperluan semasa negara.
Ketiga,
disebabkan tidak wujud hubungan yang dominan antara jumlah belanja awam dengan
output dalam jangka panjang, maka ini mencerminkan kepentingan peranan yang dimainkan
oleh sektor swasta dalam menggerakkan program pembangunan negara. Usahasama
kerajaan-swasta ini dilihat semakin releven terutama sekali ke arah menjadikan
Malaysia negara berpendapatan tinggi. Dalam kata lain, kekukuhan ekonomi yang
mapan menuntut pihak kerajaan dan swasta sentiasa bekerjasama dan saling
memantau tindakan masing-masing. Namun apa yang penting kini, bagi menjadikan
penawaran belanja subsidi cekap, maka kerajaan perlu terlebih dahulu memahami
keperluan sebenar masyarakat dan pihak swasta di samping memastikan kebocoran
subsidi dapat dihapuskan sepenuhnya.
Rujukan
· (2012). Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2012.
Putrajaya, Malaysia. Penerbit Jabatan Perangkaan Malaysia
·
(2013). Laporan Ekonomi Malaysia 2012/2013. Atas Talian. Dilayari Pada 2
Disember 2013 dari laman web Kementerian Kewangan Malaysia http://www.treasury.gov.my/
index.php? option=com_content&view= article&id= 2281%3A laporan
-ekonomi- 20122013&catid=73%3A senarai-laporan-ekonomi& Itemid=174
&lang=my
· 1Klik.
(2010). Program Rasionalisasi Subsidi. Atas talian 29 November
2013, dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/7088-program-rasionalisasi-subsidi.html
Al-Faris, A.F. (2002). Public
expenditure and economic growth in the Gulf Cooperation
Council Countries. Applied Economics 34:
1187-1193.
Ashauer, D. (1989). Is public
expenditure productive? Journal of Monetary Economics 23:177-200.
Barro, R.J. (1981). Output effects
of government purchases. Journal of Political Economy 89:
1086-1121.
Baxter, M., & King, R. (1993).
Fiscal policy in general equilibrium.American Economic Review 83:
315-334
Easterly, W, & Rebelo, S.
(1993). Fiscal policy and economic growth: An empirical
investigation. Journal of Monetary Economics 32:
417-458.
Norain Mod Asri , Wook Endut, Md Zyadi Md Tahir .(2009). Kesan Subsidi Terhadap Output: Pendekatan
Ardl. Jurnal Kemanusiaan
Bil.20 ISSN: 1675-1930 Universiti Teknologi Malaysia
Siti Rizadiana Rahmat. (2011). Kadar
Inflasi Di Malaysia Membimbangkan. Atas talian 28 November 2013, dari http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/586-kadar-inflasi-di-malaysia-membimbang.
No comments:
Post a Comment