Pendahuluan
Local
Agenda 21 (LA 21) merupakan salah satu program yang diputuskan dalam sidang
kemuncak United Nations Commissions On
Environmnet And Development (UNCED) pada tahun 1992, atau juga dikenali
sebagai Earth Summit di Rio de
Janeiro, Brazil. Persidangan ini telah memberi kesedaran antarabangsa bahawa pentingnya
penekanan terhadap isu pembangunan dan persekitaran di samping meletakkan
pembangunan lestari sebagai agenda yang utama. Hasil terpenting persidangan ini
ialah dokumen Agenda 21 yang menjadi penggerak kepada usaha pembangunan lestari
yang lebih serius dengan kerjasama 179 negara yang secara rasmi
menandatanganinya dan hampir 12,000 pihak berkuasa tempatan menyatakan komitmen
untuk menerapkan pembangunan lestari dalam strategi pembangunan peringkat
nasional. Justeru itu, pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab berkerjasama
dengan pihak-pihak berkepentingan yang laini aitu komuniti setempat, pihak
swasta, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan terjalin untuk menjayakan
agenda global ini.
Sehubungan dengan
itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Unit
Perancang Ekonomi (EPU) dan United
Nations Development Program (UNDP) memulakan pelaksanaan Program LA21
menerusi Program Perintis LA21 pada bulan Mac 2000.
Program LA21 yang
memberi tumpuan kepada kerjasama ataupun partnership
antara PBT, masyarakat dan sektor swasta ke arah pembangunan mampan jika
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh mampu mewujudkan persekitaran yang
selesa, selamat dan harmoni serta melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan
peka terhadap isu-isu alam sekitar , sosial dan ekonomi.
Tugasan
bagi melengkapkan modul GMGA2053 ini akan menghuraikan lebih lanjut kepentingan
program LA21 dalam menggalakkan penyertaan orang ramai dalam usaha pembangunan
Lestari dengan menjadikan Proggram LA 21 mel zaaba yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur sebagai comtoh Pihak Berkuasa Tempatan yang menjadi subjek dalam
tugasan ini disamping menganalisis kajian-kajian ilmiah yang dijalankan oleh
ahli-ahli akademik yang berkaitan LA21.
Sejak deklarasi
Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Malaysia telah
mengambil inisiatif menyokong Agenda 21, Pelan Tindakan Global ke arah
pembangunan mampan untuk abad ke-21. Program LA21, iaitu Agenda 21 di peringkat
tempatan menekankan penglibatan dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam
melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan sebagaimana yang
dinyatakan dalam bab ke-28 Agenda 21. Pembangunan mapan boleh didefinisikan sebagai ‘pembangunan yang memenuhi
keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia
termasuk keperluan terhadap kawalan kependudukan, makanan dan keselamatan dan
sumber tenaga[1]”.
Oleh itu,
tugasan ini jalankan dengan memilih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku PBT sebagai
subjek kajian terhadap sejauh manakah mereka telah memainkan peranan dalam
melaksanakan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mapan. Berasaskan kepada tiga
perkara utama yang dititikberatkan dalam Local Agenda 21 iaitu ekonomi, sosial
dan alam sekitar, penulis cuba mengupas tugasan ini dari beberapa perspektif
supaya objektif tugasan dapat difahami oleh pembaca. Disamping itu, penulis
akan cuba untuk mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada
isu-isu pembangunan mapan, menjelaskan bahawa tanggungjawap pembangunan mapan
adalah tanggungjawap bersama dan merumuskan strategi dan pelan tindakan LA21
berdasarkan isu-isu pembangunan mapan terhadap dua buah PBT yang telah dipilih
sebagai subjek kajian/tugasan.
Pernyataan Masalah
Secara
umumnya LA21 adalah merupakan satu dasar mikro ke arah merealisasikan
pembangunan mampan atau pembangunan lestari. Secara khususnya LA21 adalah
merupakan satu program yang dibuat untuk menubuhkan satu perkongsian antara
pihak berkuasa tempatan iaitu yang terdiri dari Majlis Daerah, Perbandaran,
Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya, MEL ZAABA masyarakat dan syarikat perniagaan yang
terdiri daripada sector swasta untuk membincangkan, mendapat kata sepakat,
merancang seterusnya bertindak terhadap isu-isu pembangunan mapan yang
mempengaruhi kehidupan.
Pemilihan
terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah disebabkan mereka telah melaksanakan program
LA 21. Pelbagai program dan kerjasama oleh DBKL telah dirancang, dijalankan dan
telah mencapai kejayaan dengan bersandarkan kepada proses-proses pelaksanaan
yang digariskan berpandukan Program LA 21[2].
Kebanyakan masalah dan penyelesaian
yang ditangani oleh LA 21 berakar umbi dalam kegiatan tempatn, mka penyertaan
dan kerjasama PBT menjadi faktor penentu bagi mencapai matlata dan kejayaan
program serta usahamsama yang dijalankan.
Melalui penerangan
di atas, dapat diringkaskan bahawa LA 21 adalah merupakan dasar mikro yang
menekankan mengenai pembangunan lestari atau kini lebih dikenali sebagai
pembangunan mampan, dimana secara umumnya pembangunan mampan adalah merupakan
pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan
social dan alam sekita. Sepertimana yang kita ketahui, konsep pembangunan
mampan mula dicetuskan pada awal 1960-an hingga 1970-an dimana kredibiliti dan
relevennya pembangunan lazim dipersoalkan. Pada masa yang sama, kesedaran
sejagat bahawa pentingnya persoalan mengenai alam sekitar digambarkan oleh
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICED) di Rio de Janeiro pda Jun 1992.
Penyusunan strategi dalam pembngunan mapan agar LA 21 dapat dilaksanakan amat
penting, antaranya:-
- Agenda 21 merupakan satu Pelan Tindakan Global Ke Arah Pembangunan Mampan Untuk Abad Ke-21. Ia dihasilkan melalui deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah negara termasuk Malaysia. Pelan Tindakan Global tersebut mengandungi 40 bab yang menghuraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan ke arah pembangunan mampan.
- Bab ke-28 Agenda 21 menekankan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan menerusi Program Local Agenda 21 (LA21). Oleh yang demikian LA21 adalah Agenda 21 yang dilaksanakan di peringkat tempatan. Local Agenda 21 (LA21) merupakan suatu program yang menekankan penglibatan 3 pihak, iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta berkerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
Secara
umumnya, pemuliharaan alam sekitar menjadi bahagian penting dalam pembangunan,
manakala pembangunan ekonomi yang tidak terkawal akan meninggalkan pelbagai
masalah ke atas alam sekitar seperti kemusnahan dan kepupusan sumber asli.
Pembangunan mampan atau mampu bertahan
didefinisikan sebagai pembangunan yang mmenuhi aspek-aspek sosial,
ekonomi dan budaya. Pada masa yang ama pembangunan mampan juga merupakan
pembangunan berteruskan konomi dan osial semua dan pada masa yang sama
melindungi dan memelihara alam sekitar. Hasil
daripada itu, laporan Bruntland telah mendefinisikan pembangunan mampan sebagai
pembangnan yang memenuhi keperluan generasi kinintanpa menjejaskan keperlun
generasi akan datang. Pada masa yang ama World’s Commission On Environment
(WECD) telah mendefinisikan pembangunan lestari sebagai pembangunan yang
memenuhi keperlun gnerasi pada masa kini, tanpa mengabaikan kepentingan
generasi yang akan datang dalam memenuhi keperluan mereka kelak.
Pembangunan
mampan diadakan bagi meningkatkan kualiti dan kesedaran hidup semua lapisan
masyarakat melalui kerjasama, menggalakkan penyertaan aktif masyarakat tempatan
untuk berbincang dan menyumbangkan idea secara muafakat, dan pembangunan mampan
turut menekankan konsep perkongsian tanggungjawap menjaga halaman, bak kata
pepatah, “dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”. Persoalannya disini
apatah tujuan konsep pembangunan mampan diperkenalkan. Pembangnan mampan melalui
LA 21 yang menjuruskan penglibatan dan penyertaan masyarakat (community participation) serta
pendekatan dalam “bottom up” adalah
bertujuan meningkatkan kualiti dan keselesaan hidup semua lapisan masyarakat
melalui kerjasama dan menggalakkan penyertaan aktif masyarakat tempatan untuk
berbincang dan menyumbang idea secara muafakat dan menggalakkan perkongsian
tanggungjawap.
Jadi,
dalam hal ini masyarakat memainkan peranan menyertai aktiviti kemasyarakatan
secara aktif. Pada masa yang sama masyarakat juga perlu saling tegur menegur
secara membina supaya setiap tindakan yang dinbuat dapat diperlok dan
diperkemas dari masa ke semasa. Dalam konteks ini, kawasan persekitaran
hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai hidup
sihat. Hal ini turut menekankan kepekaan kepada isu-isu disekeliling masyarakat
tersebut dan bertindak secara tepat dan bijak. Konsep Pembangunan mapan secara ringkasnya ialah:
- Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan.
- Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)
Pembangunan bandar
yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas,
kesihatan awam, kesedaran persekitaran MEL ZAABA dari segi ruang dan masa. Salah satu
cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan
ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan
perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta
perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David
Drakakis-Smith, 1995). Antara tujuan pembangunan mapan ialah:-
1. Pemuliharaan
Sumber
- Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi.
- Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
2. Pembangunan
Fizikal
- Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan.
- Membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut.
- Meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.
3. Kualiti Alam
Sekitar
- Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.
- Mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.
4. Kesaksamaan
Sosial:
- Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial.
- Mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.
5. Penyertaan
Politik
- Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
Jika
dilihat dari aspek pelaksanaan, LA 21 di Malaysia telah dimulai pada tahun
2000. Empat PBT telah dipilih sebagai perintis bagi memulakan program yang
mempunyai agenda besar ini. PBT yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Petaling
Jaya (MPPJ), Majlis Perbandaran Kuantan (DBKL), Majlis Perbandaran Miri (MPM)
dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Ke empat-empat PBT yang terpilih diberikan
tanggungjawap besar bagi memastikan pelaksanaan program LA 21 di Malaysia mampu
memenuhi kehendak dan tujuan penubuhannya.
Pelaksanaan
LA 21 telah dijadikan dasar kerajan dan melalui Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan (KPKT), semua PBT di Malaysia telah diarahkan mewujudkan
Jawatankuasa LA 21 diperingkat PBT masing-masing mulai tahun 2004. Keperluan
mewujudkan Jawatankuasa LA 1 adalah bertujuan untuk membolehkan aspirasi
kerajan, ,elalui pelaksanan program LA 21 dapat disemarakkan di seluruh negara.
Namun, persoalan
utama yang wujud ialah, sehingga kini terdapat beberapa isu, cabaran dan
rintangan terhadap pelaksanaannya terutama kewujudkan dan pelaksanaan LA 21 di
semua PBT sehingga ini yang dilihat gagal menyahut arahan dan cabaran KPKT.
Jesteru, tugasan ini akan cuba mengupas beberapa isu dan masalah yang timbul berkaitan dengannya
dengan merujuk dan membuat rujukan terhadap beberapa kajian yang dijalankan
oleh ahli akademik tempatan mel zaaba terhadap perkara ini. Melalui pemerhatian terhadap beberapa kajian yang dijalankan oleh ahli
akademik tempatan terhadap pengimplimentasian LA 21 di beberapa buah PBT
mendapati bahawa terdapat pro dan kontra terhadap pelaksanaannya. Namun begitu,
analisis dan kajian yang dijalankan menampakkan bahawa pelaksanaan LA 21 telah berjaya mengembeling dan
melibatkan tiga pihak utama iaitu PBT, penduduk dan syarikat swasta ke arah
kerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka kea rah
pembangunan mampan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
5.1
|
ANALISIS TERHADAP KAJIAN OLEH ABDUL HALIM AHMAD DAN MOHAMAD SUKERI
KHALID DAN YUSUF BIN PON
|
Ketiga-tiga
pengkaji di atas merupapakn pensyarah di Kolej undang-Undang, Kerajaan Dan
Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Kajian yang bertajuk ‘Ke
Arah Pembangunan Mampan Setempat: Plaksanaan Local Agenda 21 Oleh Pihak
Berkuasa Tempatan di Malaysia memberikan fokus terhadap pelaksaaan LA 21 di
Majlis Daerah Kubang Pasu Kedah. Antara perkara yang dikaji ialah kelewatan
pelaksanaan LA 21, program-program yang dijalankan, sambutan dan penyertaan
masyarakat dan orang awam serta sejauh mana masyarakat mengetahui mengenainya.
Hasil
dapatan dari kajian mendapati bahawa kelewatan pelaksanaan LA 21 ialah kerana
kekurangan maklumat berkaitan, masalah peruntukan kewangan dimana sumber
kewangan utama sediada adalah dari kewangan negeri yang sememangnya terhad
manakala sumbangan dari swasta pula adalah kurang menggalakkan memandangkan
mereka masih belum menyedari mengenai kepentingan LA 21. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan agar PBT menghebahkan mengenai LA 21 supaya penyertaan pihak
swasta akan meningkat.
Masalah
kerjasama antara kakitangan PBT jga menjadi faktor terhadap kegagalan LA 21
untuk mencapai matlamatnya. Hasil kajian mendapati terdapat masalah dalaman PBT
yang mrencatkan pelaksanaan LA 1 dan aduan juga telah dibuat kepada Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Selain itu, penglibatan masyarakat setempat
dan pihak swasta juga sukar diperolehi dalam menyumbang samada tenaga mahupun
kewangan. Ini menyukarkan pihak PBT dalam melaksanakan program dan aktivit yang
dirancang dalam LA 21.
5.2
|
|
Jamaludin
Mustaffa merupakan pelajar PhD, Universiti Sains Malaysia yang melakukan kajian
bertajuk ‘Aspek Keselamatan Awam Dalam
Pembentukan Bandar Selamat Di Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah’ bagi
melengkapkan tesis beliau. Kajian berkenaan yang mengkhususkan kepada aspek
keselamatan turut menyentuh mengenai LA 21. Melalui kajian berkenaan, pengkaji
turut menyentuh mengenai LA 21 kerana keselamatan merupaakn salah satu dari
empat agenda
keutaman Program LA 21.
Kajian
dijalankan di enam buah taman perumahan dan melalui penglibatan beberapa buah
agensi kerajaan bagi menjadikan matlamat Bandar selamat dalam LA 21 seperti
Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, Jabatan Perpaduan
Negara Dan Integrasi Nasional serta Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai
pengerusi dalam Jawatankuasa yang dibentuk dalam LA 21 bagi hal ehwal
keselamatan telah mendapati bahawa terdapat beberapa hasil dapatan yang
diperolehi. Responden mengatakan bahawa tahap keselamatan telah meningkat dan
mereka merasa yakin bahawa program LA 21 yang telah dijalankan telah memuaskan
mereka. Disamping itu, penglibatan masyarakat dalam taman-taman perumahan yang
dijadikan responden memberikan tindak balas positif dengan memberikan kerjasama
dan ini meningkatkan lagi kejayaan LA 21.
Menurut
Kementerian, Kesejahteraan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2002, perlaksanaan projek LA21 sememangnya
menjanjikan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Antara faedah yang bakal
diterima adalah:-
i.
Sebagai Individu:
Sebagai masyarakat setempat dan individu yang terlibat, segala pendapat yang
diberikan akan diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan programprogram
untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini kerana PBT adalah merupakan pihak yang
lebih peka kepada keperluan-keperluan masyarakat setempat. Dengan cara
demikian, ia dapat mewujudkan alam sekitar yang lebih selesa, kualiti hidup
yang lebih tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan rasa bangga, cinta dan
bertanggungjawab kepada alam sekitar.
ii.
Persatuan Atau
Syarikat: Dengan perlaksanaan LA21 maka ia dapat meningkatkan imej pertubuhan
atau syarikat sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan
iii.
peka terhadap
keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang
lain. Syarikat dan persatuan dapat menjalankan program- program dengan lebih
berkesan kerana adanya kerjasama daripada pihak-pihak berkepentingan yang lain.
Selain itu ia juga dapat memberi peluang untuk merancang dan menguruskan
pembangunan alam sekitar kawasan anda
iv.
bersama-sama
dengan PBT. Ia juga dapat memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi
tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling, selain berkhidmat untuk
masyarakat.
v.
Wakil Kerajaan:
Faedah yang diterima oleh wakil kerajaan adalah dapat meningkatkan persefahaman
antara masyarakat dengan pihak kerajaan dan dapat meningkatkan sokongan
masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua.
Dengan penglibatan seseorang wakil kerajaan, maka ia dapat mempertingkatkan
imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good
governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan dan kesepakatan.
vi.
Pihak Berkuasa
Tempatan: Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan berjasama
antara PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran
yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan
PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepada
keperluan tempatan. Disamping itu juga, sokongan dan penglibatan masyarakat
akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat,
sektor swasta dan MBJB dapat diselaraskan
Bagi proses
perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti mana dibawah iaitu:-
i.
Menangani
keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama
ii.
Merumus wawasan
masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus)
iii.
Melibatkan
masyarakat tempatan
iv.
Mewujudkan badan
atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk
menguruskan proses ini
v.
Merumuskan pelan
tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu
vi.
Mewujudkan rangka
kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek
vii.
Merumuskan
petunjuk-petunjuk pembangunan mampan
viii.
Melaksanakan
aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan
yang telah dirumuskan
Prinsip LA21
Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program
untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah,
Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk
merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan
mampan. Melalui
Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti
dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk
menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. Melalui kerjasama ini, pihak berkuasa
tempatan bersama-sama dengan masyarakat dapat membuat pelan yang sesuai untuk
memastikan kepentingan bersama dapat dipelihara selaras dengan pembangunan
mampan. Pendekatan asas program ini ialah pendekatan
"bottom-up", atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna,
penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan
tindakan bagi kawasan masing-masing. Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat scara
langsung mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu
tempatan.
Secara umumnya, Local Agenda 21 berasal
dari persidangan Earth Summit di persidangan Rio de Janeiro, 1992. Local Agenda
21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan. Ia Merupakan program tindakan pembangunan mapan global dan angka “21”
menandakan abad ke-21. Semasa persidangan Earth Summit tersebut lebih 178 wakil
kerajaan termasuk Malaysia menandatangani perjanjian mengenai Local Agenda 21.
Local Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan
mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Dalam Menyokong Agenda 21 ”.
Mengikut Brundtland
Report 1987, takrif pembangunan mapan ialah pembangunan yang dapat memenuhi
keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan
pada masa depan. Selain itu,
mengikut White & Whitney, 1992 menyatakan pembangunan bandar yang mampan
harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan
sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas
bandar dan kawasan sekelilingnya. David
Drakakis-Smith (1995) menyatakan bahawa pembangunan bandar yang mampan perlulah
mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam,
kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai
pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru
itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian
dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil menjadi
penting.
Justeru itu,
dengan antipati perlaksanaan Local Agenda 21 melibatkan pihak berkuasa tempatan
atau kerajaan tempatan, maka kajian ini membuat analisis terhadap perlaksanaan
Loacal Agenda 21 oleh Majlis Bandaraya Miri. Secara umumnya, pelaksanaan
Program Local Agenda 21 di Malaysia Projek Perintis LA21(2000) ini dimulakan
pelaksanaanya di Malaysia pada tahun 2000 melalui Projek Perintis LA21 yang
melibatkan empat buah PBT, iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis
Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ), Majlis Bandaraya Miri (MBM), dan Majlis Daerah
Kerian (MDK). Projek Perintis ini dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan dengan kejasama Unit Perancangan Ekonomi(EPU), Jabatan
Perdana Menteri dan United Nations Development Program (UNDP).
Beberapa
prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai objektif ke
arah pembangunan
mampan iaitu:-
i.
Penyertaan Dan
Ketelusan: Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa
tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21. Maklumat
tentang
ii.
program LA21 dan
pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada
iii.
masyarakat
tempatan.
iv.
Usahasama:
Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak
v.
berkepentingan di
semua peringkat program LA21.
vi.
Kebertanggungjawaban:
Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan
tindakan yang diambil.
vii.
Pendekatan
Menyeluruh: Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar
dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.
viii.
Peka Kepada
Keupayaan: Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam
dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.
ix.
Kesaksamaan:
Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan kaum,
jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili
dalam program LA21.
x.
Mementingkan Masa
Hadapan: Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih
lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21.
xi.
Hasil Yang Nyata:
Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat
dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.
Pada pertengahan
tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan telah menjemput semua PBT di Malaysia supaya menyertai Projek Perintis
LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan kemampuan PBT yang
memohon, PBT-PBT berikut telah dipilih untuk melaksanakan projek perintis LA21:
i.
Majlis Perbandaran
Miri
ii.
Majlis Perbandaran
Petaling Jaya
iii.
Majlis Daerah
Kerian
iv.
Majlis Perbandaran
Kuantan
Pilihan ini juga
mewakili jenis dan lokasi PBT dalam negara, iaitu:
i.
Majlis Perbandaran
Miri bagi PBT-PBT Sabah dan Sarawak
ii.
Majlis Perbandaran
Petaling Jaya di kawasan tengah Semenanjung dan bagi PBT yang bersaiz besar dan
mempunyai isu-isu perbandaran yang agak kompleks
iii.
Majlis Daerah
Kerian di utara Semenanjung dan bagi PBT-PBT peringkat daerah
iv.
Majlis Perbandaran
Kuantan di pantai timur Semenanjung dan bagi PBT-PBT yang bersaiz sederhana.
Pelaksanaan LA21 DBKL
10.1 ASAS
PELAKSANAAN
Pelaksanaan
program LA 21 oleh DBKL adalah berdasarkan hasil tindakan dari keputusan
mesyuarat Program LA 21 Peringkat DBKL yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
Pengarah Pentadbiran pada 21 September 2005. Mesyuarat tersebut menyatakan
bahawa, DBKL perlu mengemukakan laporan kepada Kementerian Perumahan Kerajaan
Tempatan (KPKT) berkaitan pelaksanaan program LA 21 d I peringkat bandaraya
Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, DBKL mengambil langkah segera dengan
melaksanakan program LA 21 melalui penyediaan format dan pelaksanaan
program-program yang berkonsepkan LA21 seperti yang ditetapkan oleh KPKT.
Perancangan dan pelaksanaan program LA21 mula giat aktif djalankan oleh DBKL
pada tahun 2005.
Program
LA 21 Kuaal Lumpur bermula pada tahun 2005. Dalam fasa pertama, tumpuan banyak
diberikan kepada proses perancangan terutamanya membangunkan rangka dan system
kerja dalam memandu arah dalam melaksanakan LA 21. Aktiviti utama dimulakan
dengan pemahaman konsep LA 21 dan kaedah pelaksanannya serta penghayatan Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020 sebagai pelan pembangunan yang menggariskan hala
tuju pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memupuk keyakinan, pembinaan identity juga
dititikberatkan dengan membina kenyataan misi, visi, slogan dan mencipta logo
LA21 DBKL.
Tahun
2007 hingga tahun 2008 merupakan fasa kedua program LA 21 DBKL. Usaha-usaha
mengenalpasti rakan kongsi serta pengukuhan penyertaan rakan kongsi dalam
kumpulan jawatankuasa-jawatankuasa kerja yang berkaitan membantu menggerakkan
program / projek LA 21 mengikut projek-projek di bawah tema yang ditetapkan.
Dengan kejayaan ini, majlis pelancaran telah dilaksanakan pada Ogos 2007 bagi
memperkenalkan program ini kepada lebih ramai pihak berkepentingan khususnya
wargakota.
Kemajuan
LA 21 DBKL dalam fasa kedua menunjukkan perkembangan yang positif dalam usaha
mencapai wawasan untuk menjadikan Kuala Lumpur ‘sebuah Banda Raya Bertaraf Dunia’
menjelang tahun 2020. Selaras dengan konsep pembangunan mapan, pembangunan
Kuala Lumpur juga perlu dihalakan kea rah mencapai keseimbangan di antara
pembangunan ekonomi, fizikal, social dan pemulharaan alam sekitar. Penglibatan
masyarakat merupakan salah satu elemen penting dalam proses penyediaan struktur
berkenaan sehingga ianya Berjaya diwartakan pada November 2004.
Dengan
kemajuan dan perkembangan yang baik, program LA 21 terus dipergiatkan lagi
dalam fasa ke tiga pada tahun 2009-2010 dan fasa-fasa berikutnya. Aspek yang
diberi penekanan adalah penilaian dan pemantauan untuk mengukur keberkensanan
setiap program /projek LA 21 yang telah dilaksanakan berdasarkan indikator yang
dikenalpasti. Dalam pada masa yang sama, beberapa projek baru akan mula dilaksanakan.
10.2 TEMA
LA 21 DBKL
DBKL
telah merekabentuk tema bagi pelaksanaan LA 21
dengan empat tema kesemuanya iaitu bandar raya bersih dan indah, bandar
raya sejahtera, bandar raya selamat dan E-bandar raya. Setiap tema
didefinisikan supaya pelaksananya akan memberikan impak dan justifikasi yang
berkesan terhadapnya.
i.
Bandar Raya Bersih Dan Indah:
Persekitaran Bandar bersih indah dan kemas
serta teratur terutamanya di kawasan tumpuan awam. Pemeliharaan Bandar dan
penekanan kepada alam sekitar seperti hutan, sungai dan persekitaran
semulajadi.
ii.
Bandar Raya Sejahtera:
Bandar yang sentiasa mewujudkan dan
meningkatkan persekitaran dan tahap kesihatan masyarakat yang tinggi dari segi
mental, fizikal, sosial dan rohani, serta mengembangkan sumber masyarakat/produktiviti
yang membolehkan orang ramai saling membantu dalam menjalani segala aspek
kehidupan dan dapat berkembang sehingga ke tahap maksimum. Selain itu, ianya
perlulah mempunyai kemudahan perkhidmatan dan kesihatan yang komprehensif
kepada masyarakat.Pada masa yang sama, ia perlu menampung keperluan asas
masyarakat seperti makanan, pekerjaan, bekalan air dan persekitaran yang
selamat.
iii.
Bandar Raya Selamat:
Didefinisikan sebagai sebuah Bandar yang
bebas dari semua ancaman fizikal, social dan mental. Pada masa yang sama, tidak
akan timbul suasana yang menggalakkan kejadian yang boleh mengganggu gugat
kesejahteraan setempat. DBKL dan pihak yang berkenaan perlu memastikan bahawa
penghuni Bandar raya sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera,
sihat dan ceria. DBKL perlu mengadakan program-program yang terancang yang
dibina untuk mewujudkan persekitaran fizikal yang boleh membantu mencegah
jenayah yang berasakan prinsip “mencegah lebih baik dari merawat”.
iv.
E-Bandar Raya:
Merupakan Bandar yang berteraskan pembangunan
teknologi maklumat dengan penyediaan program bertujuan untuk merapatkan jurang
digital antara masyarakat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dengan
memberi tumpuan di kawasan perumahan awam di kawasan bandaraya Kuala Lumpur.
Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan social dan meningkaykan jurang
pendapatan penghuni bandaraya.
10.3 Cabaran
Dalam Pelaksanaan LA21 DBKL
i.
Memenuhi
keperluan ekonomi, social dana lam persekitaran
ii.
Merumuskan
visi berpandukan dengan kosensus
iii.
Menggabungkan
semua segemen-segemen daripaa komuniti tempatan
iv.
Memikirkan
dengan keseluruhan serta bertindak sepenuhnya
v.
Menubuhkan
institusi yang melibatkan pihak-pihak pengerusi daripada sector yang berkenaan.
vi.
Memastikan
segala projek yang telah dan akan dirancang dapat dilaksanakan dengan
berterusan dan berkesan.
Penutup
Keberkesanan pelaksanaan Local
Agenda 21 akan menjadi asas untuk
mewujudkan
masyarakat yang mampan di kawasan bandar. Program LA21 yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. DBKL telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pengetahuan, sikap, kemahiran, aspirasi dan tingkah laku yang berkaitan dengan pembangunan lestari di kalangan orang-orang yang mengambil bahagian. Usaha-usaha untuk merealisasikan komuniti lestari memerlukan perancangan yang betul dan komitmen berterusan di kalangan banyak pihak yang terlibat untuk mencapai matlamat yang diingini sebagai negeri-negeri di
LA21.
masyarakat yang mampan di kawasan bandar. Program LA21 yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. DBKL telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pengetahuan, sikap, kemahiran, aspirasi dan tingkah laku yang berkaitan dengan pembangunan lestari di kalangan orang-orang yang mengambil bahagian. Usaha-usaha untuk merealisasikan komuniti lestari memerlukan perancangan yang betul dan komitmen berterusan di kalangan banyak pihak yang terlibat untuk mencapai matlamat yang diingini sebagai negeri-negeri di
LA21.
Abdullah
Mohamad Said, (1999), PENGURUSAN SUMBER DAN ALAM SEKITAR, Biroteks
ITM, Shah Alam.
|
Abdullah, S.A.(1980) KERAJAAN DAN PENTADBIRAN MALAYSIA,
Cetakan Pertama,
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
D.A.M.
Yunus, (2006), KAJIAN TERHADAP PELAKSANAAN POGRAM LOCALAGENDA
21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
KAJIAN KES: KAMPUNG BARU MELAYU MAJIDEE,.JOHORM BAHRU, Bachelor Of Science In Land Administration
And Management, Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi, Universiti
Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Haliza Abdul Rahman, (2005), EKOSISTEM
HUTAN BAKAU DI SELANGOR: SATU
|
|
KAJIAN DARIPADA
SEGI PELAKSANAAN DASAR BERKAITAN ALAM SEKITAR, Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
|
Hussain, A.A.(1991). KERAJAAN TEMPATAN-TEORI DAN PERANAN
DI MALAYSIA,
Cetakan Pertama, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Ministry of Housing and Local
Government Malaysia (2002), BUKU PANDUAN DAN KAJIAN
KES LOCAL
AGENDA 21 MALAYSIA.
SUMBER INTERNET:
Local Agenda 21 di Malaysia, http://www.mdks.gov.my/v2/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=313, [Online] Dilayari pada: [12 Sept 2015,2.30pm]
[1] Sumber: World Commissions On Environment And
Development, 1987)
[2] Terdapat enam proses pelaksanan Program LA
21 iaituwawasan masyarakat, usaha sama, kajian isu bersama masyarakat, merumus pelan tindakan, pelaksanan dan
pemantauan dan penilaian dan maklum balas,
[3]
Empat agenda LA 1 ialah pengawalan pencemaran (kitar semula, pengurangan sisa
pepejal), kebersihan (persekitaran), integrasi nasional dan bandar selamat
(keselamatan).
No comments:
Post a Comment