Wednesday, 22 June 2016

PERKEMBANGAN DASAR FISKAL DI MALAYSIA



PERKEMBANGAN DASAR FISKAL DI MALAYSIA

Peranan sektor awam di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama. Semasa tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, fokus strategi pembangunan negara adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada eksport getah dan bijih timah. Ia bertujuan mengukuhkan asas ekonomi dan meningkatkan kestabilan ekonomi. Perbelanjaan sector awam digunakan bagi menyediakan infrastruktur asas dan kemudahan kemudahan bagi mengerakkan pengeluaran sektor swasta. Program untuk memodenkan sektor pertanian dan menggalakkan pembangunan industri telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan ke
arah pembangunan ekonomi dan sosial yang terancang. Jika diukur dari segi pertumbuhan ekonomi, polisi-polisi berkenaan dapat dikatakan sebagai berjaya. Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi telah dicapai pada dekad yang pertama. Dalam tempoh 1960 hingga 1965, kadar purata pertumbuhan benar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 5% setahun. Ia meningkat kepada 5.4% setahun bagi tempoh 1966–1970.
Corak perbelanjaan awam berubah sejak 1970-an akibat daripada rusuhan kaum yang berlaku dalam tahun 1969. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah digubal untuk mengurangkan ketidakstabilan antara kaum telah memperkenalkan dimensi baru bagi perbelanjaan kerajaan. Selain bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan juga berhasrat mencapai agihan kekayaan yang lebih saksama. Hasilnya, kerajaan telah menjadi peserta ekonomi yang aktif bagi menyediakan asas ekonomi produktif yang dikehendaki. Penglibatan langsung sektor awam telah meningkat sepanjang tempoh 1970-an. Ia dapat dilihat melalui nisbah jumlah perbelanjaan awam kepada KNK yang meningkat daripada 29% dalam tahun 1970 kepada 40% pada tahun 1979. Di samping itu, defisit sektor awam dan hutang kerajaan juga meningkat dalam tempoh tersebut. Kedudukan perbelanjaan awam yang melebihi hasil awam ini dapat anda perhatikan melalui Rajah 9.5 dalam bab yang lepas. Sepanjang tahun-tahun 1970-an, aktiviti-aktiviti fiskal kerajaan telah dilaksanakan dalam persekitaran pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan stabil walaupun suasana perdagangan dunia pada masa itu kurang stabil disebabkan kejutan minyak (oil shocks) dan kadar inflasi yang tinggi. KDNK benar Malaysia telah meningkat daripada 7.3% setahun dalam tempoh 1971–1975 kepada 8.5% setahun bagi tempoh 1975–1980. Dekad 1980-an menandakan fasa yang agak berbeza bagi pembangunan ekonomi negara. Kebanyakan negara industri utama di dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk. Justeru itu, ekonomi Malaysia juga mula mengalami kejatuhan akibat daripada polisi-polisi counter-cyclical yang diputuskan oleh kerajaan. Tempoh 1981–1985 menyaksikan peningkatan yang tinggi bagi perbelanjaan awam. Rajah 9.1 dalam bab 9 menunjukkan nisbah perbelanjaan awam kepada KDNK yang tinggi pada masa itu. Sekiranya dalam tempoh 1970-an imbangan pembayaran menunjukkan lebihan, kini anda dapat menyaksikan angka negatif CT HAJAR AINI DATO MAT REJAB mula ditunjukkan. dan luar negara. Keadaan ini memberikan tekanan ke atas pasaran modal tempatan dan menyebabkan negara menanggung beban hutang luar yang tinggi. Pada peringkat mikro, polisi fiskal mengecut yang diamalkan pada tahun 1982–83 telah memberikan kesan negatif kepada pasaran buruh dan modal. Pengurangan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar telah menjejaskan kadar pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kadar pengangguran. Kejatuhan harga komoditi di pasaran antarabangsa telah semakin memburukkan keadaan kemelesetan yang dialami sejak 1985–86.
Prestasi ekonomi Malaysia bagi dekad 1990-an CT HAJAR AINI DATO MAT REJAB adalah membanggakan dengan catatan kadar purata KDNK sebanyak 8% setahun sehinggalah negara-negara Asia Timur mengalami krisis kewangan pada pertengahan tahun 1997. 

Hasilnya, KDNK benar mengecut buat pertama kalinya semenjak tahun 1985. Kelembapan ekonomi yang dialami menyebabkan permintaan agregat berkurangan dan sektor-sektor seperti pembin an dan perkilangan terjejas. Aktiviti ekonomi yang lembap dan kejatuhan pendapatan boleh guna benar telah menyebabkan penurunan permintaan bagi import. Dengan kejatuhan jumlah import yang besar dan peningkatan eksport yang kecil, akaun semasa dalam imbangan pembayaran telah mencatatkan lebihan sebanyak RM15 juta dalam separuh penggal 1998. Ini merupakan catatan lebihan yang pertama sejak
tahun 1989.
Selepas mencatatkan lebihan fiskal yang kukuh sejak tahun 1993, kedudukan kewangan kerajaan persekutuan telah mengalami deficit dalam tahun 1998. Hal ini berlaku disebabkan kesan kelembapan aktiviti ekonomi ke atas hasil kerajaan dan juga tindakan kerajaan meningkatkan CT HAJAR AINI DATO MAT REJAB perbelanjaan kerajaan dengan banyak untuk menggiatkan ekonomi supaya tidak terperangkap dalam kitaran kemelesetan yang berpanjangan. Kerajaan telah mengubah
pendekatan polisi fiskal yang digunakan daripada polisi belanjawan berimbang kepada polisi fiskal mengembang. Peningkatan ketara adalah dari segi perbelanjaan pembangunan iaitu sebanyak 23% dalam tahun 1998 yang mana ia termasuk perbelanjaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan juga bagi membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi masalah serius semasa krisis ini.

No comments:

Post a Comment