Wednesday, 22 June 2016

SEKTOR AWAM DI MALAYSIA




Dalam post ini, saya akan membincangkan bagaimanakah kita semua mendapat faedah daripada polisi-polisi awam. Semenjak merdeka, rakyat Malaysia mendapat semakin banyak faedah akibat peningkatan dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan. Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan mencerminkan semakin banyak pengaruh sector awam ke atas kehidupan kita.


Sektor awam di Malaysia terdiri daripada Kerajaan Persekutuan (Pusat), Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan-kerajaan Tempatan. Bagi menjalankan tugas-tugas pemerintahan negara, agensi-agensi kerajaan
telah dibentuk untuk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan segala aktiviti yang ikehendaki oleh kerajaan untuk mencapai segala matlamat negara. Perbelanjaan tahunan agensi-agensi ini ditentukan oleh keputusan badan perundangan dan dibiayai dengan menggunakan dana terkumpul kerajaan. Dalam jentera pentadbiran sekarang, agensi-agensi kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun.

Agensi di peringkat kementerian merupakan agensi utama yang berfungsi menggubal dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab kementerian berkenaan. Biasanya sebuah kementerian dipertanggungjawabkan kepada seorang Menteri yang memegang sesuatu portfolio (ahli Jemaah Menteri) dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha-setiausaha Parlimen. Pegawai tadbir utama kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU) S kementerian tersebut. Beliau bertanggungjawab kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN). KSN ialah ketua setiausaha di Jabatan Perdana Menteri iaitu kementerian yang paling utama.

No comments:

Post a Comment