Dalam post ini, saya akan membincangkan bagaimanakah kita semua mendapat
faedah daripada polisi-polisi awam. Semenjak merdeka, rakyat Malaysia mendapat
semakin banyak faedah akibat peningkatan dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh
kerajaan. Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan mencerminkan semakin banyak
pengaruh sector awam ke atas kehidupan kita.
Sektor
awam di Malaysia terdiri daripada Kerajaan Persekutuan (Pusat), Kerajaan-kerajaan
Negeri dan Kerajaan-kerajaan Tempatan. Bagi menjalankan tugas-tugas
pemerintahan negara, agensi-agensi kerajaan
telah
dibentuk untuk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan segala aktiviti
yang ikehendaki oleh kerajaan untuk mencapai segala matlamat negara.
Perbelanjaan tahunan agensi-agensi ini ditentukan oleh keputusan badan
perundangan dan dibiayai dengan menggunakan dana terkumpul kerajaan. Dalam
jentera pentadbiran sekarang, agensi-agensi
kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu kementerian,
jabatan dan badan-badan berkanun.
Agensi
di peringkat kementerian merupakan agensi utama yang berfungsi menggubal dasar,
merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara yang
berkaitan dengan tanggungjawab kementerian berkenaan. Biasanya sebuah
kementerian dipertanggungjawabkan kepada seorang Menteri yang memegang sesuatu
portfolio (ahli Jemaah Menteri) dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan
Setiausaha-setiausaha Parlimen. Pegawai tadbir utama kementerian ialah Ketua
Setiausaha (KSU) S kementerian tersebut. Beliau
bertanggungjawab kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN). KSN ialah ketua
setiausaha di Jabatan Perdana Menteri iaitu kementerian yang paling utama.
No comments:
Post a Comment